Monday, April 1, 2019

Jalan jalan Terengganu | Muzium Negeri Terengganu

Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk singgah ke Muzium Negeri Terengganu. Muzium ini dibina seperti istana kayu lama dan merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara.

Muzium ini dibina di tapak seluas 27 hektar di Bukit Losong, Terengganu.

Kak Ida difahamkan muzium ini mempunyai empat blok bangunan muzium utama, semua muzium maritim serta lima buah rumah tradisional di perkarangannya.

Di dalam blok bangunan muzium utama pula ada tujuh Galeri iaitu Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Di Raja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian. Manakala dibahagian Muzium Maritim pula ada dua galeri, iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Boleh bayangkan betapa luasnya Muzium Negeri Terengganu. 

... dan ianya tidak boleh memakan masa yang singkat.

Kak Ida sekeluarga sampai lebih kurang jam 3.00 petang, Jadi agak lewat untuk masuk ke muzium kerana muzium akan ditutup pada jam 5.00 petang. Berkira-kira sebenarnya.


Sudah namanya rezeki, Kak Ida ternampak buggy di ruangan parking kereta. Kak Ida turun untuk bertanyakan sama ada boleh membawa kami sekeluarga berjalan-jalan disekitar muzium. 

Alhamdulillah, beliau bersetuju. Kami membayar RM2.00/satu kepala. 


Seronok anak-anak dapat menaiki buggy.







Beliau menurunkan kami di bahagian perkapalan di belakang muzium. Bawa anak-anak berjalan disekitar kawasan situ dan beliau boleh menunggu kami. 

Berjumpa dengan orang yang baik-baik adalah rezeki bukan? Alhamdulillah.


Disitu ada satu bangunan Akuaria. Di dalam bangunan itu, terdapat ikan-ikan seperti kelah, lampam, kaloi dan lain-lain lagi.



Di bahagian kanan situ pula ada sangkar yang menempatkan binatang seperti landak, ayam jantan, burung dan lain-lain lagi. Ibarat mini zoo juga disitu.




Kami teruskan perjalanan ke belakang. Nah, ada kapal yang cukup besar disitu. Kami meminta izin pegawai yang bertugas sama ada boleh naik ke tidak ke atas kapal. 






Kami meninjau Perahu Besar Sabar T.82. Sedikit sejarah yang tertulis, Perahu Besar Sabar T.82 ini didaftarkan pada tahun 1954 dengan nombor pendaftaran T.82, SABAR, adalah sebuah perahu besar dari jenis Pinis Dogol. Pemilik asalnya, Hj. Awang merupakan menantu kepada Hj. Muhammad Kaya, yang dikenali kerana memiliki harta dan mempunyai beberapa buah perahu besar (Kampung Losong Hj. Muhammad Kaya adalah bersempena dengan nama beliau). 


Berhadapan perahu itu, terdapat satu senibina bangunan yang cantik. Kak Ida masuk dan ia merupakan satu muzium yang menyentuh tentang pelayaran di Terengganu.





Laksamana Cheng Ho








Di belakang bangunan Muzium, mata kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Subhanallah.




Lampu pelita.




Kompas.






Alhamdulillah, 



Sempat Aisyah mengabadikan kenangan memakai topi seperti tudung saji.

Kemudian, buggy kami sampai dan kami bergerak pulang ke parking kereta. 

Terima kasih abang buggy kerana membawa kami meninjau sekitar muzium. Walaupun sekejap, tetapi ia memberi makna kepada kami sekeluarga.

Jom, kita pulang ke hotel.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my