Showing posts with label Perkongsian Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Pertandingan. Show all posts

Friday, September 10, 2021

Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan

Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Penerbit UiTM buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Cipta Pantun 4 Kerat bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-64 bertemakan Malaysia Prihatin bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan Malaysia oleh warganegara Malaysia umumnya, warga UiTM (staf dan pelajar) khususnya.

3. Sehubungan itu, Penerbit UiTM ingin menjemput warga UiTM untuk menyertai pertandingan ini yang akan diadakan bermula 1 September 2021 hingga 10 September 2021 (sebelum jam 12.00 tengah malam). Program ini dijalankan secara dalam talian di mana peserta perlu menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu penyertaan yang layak dinobatkan sebagai pemenang bagi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

4. Selain itu, video pemenang akan dipancarkan melalui Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 20 September 2021. Maklumat pemenang akan disiarkan dalam laman web Penerbit UiTM, Facebook Penerbit UiTM dan koleksi pantun terpilih akan dimuatkan dalam e-book Koleksi Pantun Merdeka: Malaysia Prihatin.

5. Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR atau klik pautan ini https://bit.ly/3jqxFTr
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Diana Semaon (Pegawai Penerbitan Kanan) di talian 012-3998840.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Professor/Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 6, 2021

Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh-tokoh Kemerdekaan

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗦𝗸𝗿𝗮𝗽 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗧𝗼𝗸𝗼𝗵-𝘁𝗼𝗸𝗼𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻


𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻
Murid Sekolah Rendah Tahun 4- Tahun 6
Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1- Tingkatan 5

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻
1 September hingga 14 September 2021

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻
untuk pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan.

𝗣𝗲𝗻𝗷𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻
Penjurian dijalankan di peringkat daerah dan negeri.

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻
1. Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNJ: 019-7813628
2. Puan Dara binti Khamis 019-7111216,
3. Puan Mimi Najua binti Zainal 016-7170454

Saturday, August 21, 2021

Pertandingan Seni Visual dan Seni Khat

Salam Warisan Budaya!


Ayuh, serlahkan bakat dan kreativiti anda.

Pertandingan Seni Visual dan Seni Khat

Tarikh Tutup Penyertaan : 30 September 2021

Pendaftaran dan syarat pertandingan.


#YayasanWarisanJohor
#MemeliharaWarisanBudaya

Jom ”Subscribe, Like & Follow” Media Rasmi Yayasan Warisan Johor!

Website: www.ywj.gov.my

Official Social Media:
Facebook: facebook.com/yayasanwarisanjohor
Instagram: instagram.com/yayasanwarisanjohor
Youtube: Yayasan Warisan Johor

Thursday, July 22, 2021

Perkongsian Pertandingan Pengakap

Pertandingan Infografik, Video Informasi dan Menulis Esei kini hanya tinggal 10 hari lagi.



Ahli-ahli Pengakap boleh memuat naik karya masing-masing melalui pautan yang diberikan dibawah ini 

1. Pertandingan Infografik (Pengakap Kanak-kanak):

2. Pertandingan Video Informasi (Pengakap Muda):

3. Pertandingan Video Informasi (Pengakap Remaja):

4. Pertandingan Menulis Esei (Pengakap Kelana):

 Jangan hantar karya melalui e-mail!

Teruskan bersama Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan di laman FB Malaysia Sea Scouts untuk info lanjut. Stay tune!

Wednesday, July 7, 2021

e Kuiz George Town World Heritage Day 2021

Assalammualaikum dan salam pengakap!

Tanggal 7 Julai adalah cuti umum bagi Pulau Pinang yang bertujuan menyambut ulang tahun perasmian bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Bandaraya Georgetown yang ditubuhkan pada 1786 begitu kaya dengan warisan bahasa, budaya, tarian, pakaian, muzik, makanan termasuklah warisan bangunan dan seni bina. 



Kini 'George Town UNESCO World Heritage Day' kembali lagi. Walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik COVID 19 dan bagi menyahut kempen #stayathome marilah sama-sama kita membongkar sejarah & menambah pengetahuan mengenai Georgetown World Heritage Day 2021 secara norma baru dengan menyertai e-Quiz Georgetown World Heritage Day 2021 yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang pada ketetapan berikut:

7- 8 Julai 2021 - PKK dan Pendidikan Khas
Link kuiz : bit.ly/ekuizgh2021
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

9-10 Julai 2021 - PM & PR
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

Tuesday, July 6, 2021

Pertandingan "Aku Sebuah Buku..."

Adik-adik jom sertai pertandingan menulis karangan bertajuk "Aku sebuah buku...". Panjang karangan 100 hingga 150 patah patah perkataan. Sila hantar penyertaan adik-adik melalui komen di bawah. 10 karangan terbaik menerima hadiah menarik dari Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis. 





CARA-CARA PENYERTAAN:
1. Sila taipkan karangan adik-adik di ruangan komen di bawah. (Contoh seperti di bawah). https://www.facebook.com/1187428831391773/posts/2214759921991987/
.
2. Sila NYATAKAN BUTIRAN PENYERTAAN:
Nama:
Umur:
Sekolah:
.
untuk penyediaan e-sijil dan maklumat berkaitan. 
.
.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
31 Julai 2021

Sunday, July 4, 2021

Pertandingan Bercerita Murid Berkeperluan Khas

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.

Mari mengisi masa lapang anak-anak dan mencungkil bakat mereka dengan menyertai Pertandingan Bercerita Murid Berkeperluan Khas bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK 2021). Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berkeperluan khas yang berumur dari 7 hingga 20 tahun. Kategori masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran.

Sila imbas kod QR atau klik pautan https://drive.google.com/file/d/1IeHQSD1CxfuWmxjEGAK7LdKCOyEsGhJy/view?usp=drivesdk bagi mendapatkan borang dan syarat penyertaan pertandingan

Hadiah yang menarik disediakan bagi para pemenang!

Tarikh tutup penyertaan pada 6 September 2021.

Friday, May 28, 2021

Pertandingan Puisi Bertemakan "Pertanian Menghiasi Bumi"

Pertandingan Puisi Bertemakan "Pertanian Menghiasi Bumi"


Jika anda gemar berpuisi dan ingin menyerlahkan bakat anda, inilah masanya!

Ayuh sertai pertandingan puisi yang dianjurkan oleh Kelab MyAgrosis USIM! Terbuka kepada semua pelajar IPT & IPTS

Tema: Pertanian Menghiasi Bumi

Tarikh Pertandingan
 5 Mei 2021 - 20 Jun 2021.
 
Hadiah Wang Tunai yang lumayan menanti pemenang.

E-SIJIL disediakan bagi setiap penyertaan.

Syarat-syarat pertandingan:
Puisi yang dihasilkan mestilah mengikut kreativiti sendiri dan bertepatan dengan tema yang telah ditetapkan. 

Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap individu. 

Pendaftaran dan penghantaran puisi hendaklah dihantar melalui Google Forms yang telah disediakan. 
Puisi mestilah dihantar di dalam format "Word" document. 

LINK GOOGLE FORMS: 

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 30 JUN 2021

Sebarang pertanyaan hubungi:
Syamimi; 0145907213
Sakinah; 0108084919

Ikuti perkembangan kami di:
Instagram: @myagrosisusim 
Facebook page: MyAgrosis Usim 
Twitter: MyAgrosisUSIM 
KELAB MYAGROSIS 20/21
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my