Wednesday, July 7, 2021

e Kuiz George Town World Heritage Day 2021

Assalammualaikum dan salam pengakap!

Tanggal 7 Julai adalah cuti umum bagi Pulau Pinang yang bertujuan menyambut ulang tahun perasmian bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Bandaraya Georgetown yang ditubuhkan pada 1786 begitu kaya dengan warisan bahasa, budaya, tarian, pakaian, muzik, makanan termasuklah warisan bangunan dan seni bina. 



Kini 'George Town UNESCO World Heritage Day' kembali lagi. Walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik COVID 19 dan bagi menyahut kempen #stayathome marilah sama-sama kita membongkar sejarah & menambah pengetahuan mengenai Georgetown World Heritage Day 2021 secara norma baru dengan menyertai e-Quiz Georgetown World Heritage Day 2021 yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang pada ketetapan berikut:

7- 8 Julai 2021 - PKK dan Pendidikan Khas
Link kuiz : bit.ly/ekuizgh2021
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

9-10 Julai 2021 - PM & PR
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my