Wednesday, July 7, 2021

Saya telah divaksin

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah,

Dua hari selepas pasca vaksin. Terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar. 

Kak Ida mengalami pening kepala yang berpanjangan, muntah, badan dedar, seram sejuk dan tekak payau. Pendek kata, memang tidak sihat selepas divaksin. Selera makan pun tiada (harap-harap turunlah berat badan). 

Tidak mampu nak memegang handphone. Semua dibiarkan sepi. 


Syukur sangat-sangat bila si dia sanggup hantar dan temankan ke Persada Johor. Urusan juga dipermudahkan dari mula masuk di Pintu Utama. Para sukarelawan juga sangat-sangat membantu mengurangkan rasa gemuruh.


Kami sebaya! Beza tiga hari sahaja dengan Kak Ida. Itupun tahu bila dia melihat no kad pengenalan Kak Ida. Memang excited bila kami bergambar. Meriah sekejap meja pendaftaran. 


Nombor giliran.



Akhirnya, dose pertama selesai. Alhamdulillah, alhamdulillah.


Syukur, hari ini semakin sihat. Maaf atas urusan yang tertangguh. Kak Ida akan cuba catch up hari ini. 
Mujurlah kami berdua tidak serentak di vaksin. Bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my