"Sedapnya kalau dapat makan sup tulang panas-panas."
Monolog dalam hati.
Sup tulang antara menu kegemaran Kak Ida di hari raya. Mama pasti akan masakkan sup bila mendapat daging korban. Fuh, sudah terasa-rasa di tekak bila dapat menghirup sup panas dengan nasi.
Esok ajelah cari tulang. Mana pula ada orang buat korban di surau.
Malas hendak melayan perasaan teringin itu. Kang terbawa-bawa pula.
Jam 5.30 petang, si dia dapat satu panggilan,
"Sul, nanti tunggu kat depan ya."
Tidak tahu hujung pangkal, si dia bawa sekali anak-anak sementara Kak Ida menunggu di rumah. Ada orang mahu datang mengambil kopi. Itu yang Kak Ida tidak boleh ikut sekali.
Dari jauh, dengar bunyi enjin kereta. Eh, cepat pula si dia balik.
"Alhamdulillah Ida, ni abang Salleh ada bagi daging korban."
Termanggu sekejap apabila melihat plastik yang dipegang oleh si dia.
"Ada tulang ke abang?" tanya Kak Ida lurus.
"Ada juga ni. Kenapa?"
Rasa nak meleleh air mata. Ya Allah, bila Allah dengar apa yang Kak Ida monolog pagi tadi.
Berseri-seri muka Kak Ida ketika merebus tulang dan sedikit daging. Terbayangkan juga Ammar dan Adilah menikmati lauk kegemaran yang satu ini.
"Ida masak sup tulang ya abang malam ni. Teringin Ida nak makan."
"Boleh yang. Abang ikut aje."
Nah, penuh kebahagiaan dapat melihat anak dan si dia makan dengan cukup berselera. Semua menambah nasi.
Terima kasih Kak Nor dan Abang Salleh. Ada rezeki Angah menikmati daging korban tahun ini. Syukur alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah...
ReplyDelete