Selama ini, Kak Ida gunakan apps THJari untuk menyemak penyata sahaja.
Hari ini, pertama kali mencuba transaksi pindahan duit dari bank ke Tabung Haji menggunakan cara FPX dengan apps. Kak Ida kongsikan cara-caranya ok.
Mudah sangat.
1. Install apps THJari di Apps Store.
Pada pengguna kali pertama, sila klik DAFTAR SEKARANG. Follow sahaja arahan yang diberikan. Kemudian, kita login dengan ID Pengguna dan juga Password.
Paparan laman utama.
Kemudian, kita klik di menu "Ringkasan Akaun".
Klik tiga titik bertindih di tepi nama kita. Ada satu menu "Pindahan Simpanan TH".
Pilih menu "Pindahan ' Bank ke Akaun TH"
Masukkan
Pilih Akaun Kredit
Amaun - Jumlah wang yang ingin disimpan
Rujukan Penerima - Nama
Email yang aktif.
Pilih bank dan Klik "Teruskan"
Pembayaran seperti biasa.
Nah, mudah sangat. Paling Kak Ida suka, kita dapat menjimatkan RM 1.00 setiap kali transaksi ke Tabung Haji dibuat. Maklumlah, anak ramai kan, rugi. Hahaha.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment