Showing posts with label Aisyah Insyirah. Show all posts
Showing posts with label Aisyah Insyirah. Show all posts

Tuesday, January 23, 2024

Happy birthday Aisyah Insyirah

Happy birthday Aisyah Insyirah ke-15 tahun.




Kami raikan dengan cukup sederhana di Sedap Corner dan kemudian menikmati pastry dan kopi bersama-sama di Ikhwan Coffee.



My favorite place to hang out.

Sahabat blogger doakan Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul menjadi anak yang solehah, cantik budi pekerti, muslimah bidadari syurga dan penyeri ibu dan ayahnya.

Semoga doa yang baik-baik dikembalikan semula pada kalian. Insya Allah.


Tuesday, December 28, 2021

Tahniah Aisyah Insyirah

Alhamdulillah,

Ini [ HARINYA ]

Ibu berjaya menembusi website untuk menyemak keputusan Aisyah jam 11.15 pagi semalam. Memang sesak kerana Kak Ida difahamkan, lebih kurang 500,000 calon UPKK pada tahun ini.

Tidak mudah dengan PdPr + inilah kali pertama penilaian baru untuk UPKK digunakan.


Syukur pada Allah swt. Tahniah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul . Semua subjek lulus dengan cemerlang dan baik. Next, kita fokus dengan SDEA pula.

Tuesday, October 12, 2021

Alhamdulillah, Aisyah selesai dose pertama

Alhamdulillah, Aisyah selesai dos pertama hari ini.

Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Seawal pagi, selepas bersarapan di Restoran Zai, kami berdua terus bergerak ke PPV Taman Universiti. Temujanji Aisyah adalah pada jam 8.00 pagi.


Perlu mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid 19 dahulu.


Aisyah perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan. Cikgu pun sudah menunggu ketibaan anak muridnya di sana. Jadi. tidaklah tertanya-tanya apa yang perlu dibuat.


Kebetulan, sahabat Kak Ida ada di sana. Tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau untuk bertanya khabar. 



 

Thursday, September 16, 2021

Pertandingan Virtual Orienteering Merdeka bagi Kategori Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Alhamdulillah,

Sudah tiba masanya untuk pertandingan

Semalam kami masuk ke "gelanggang" dengan tenang-tenang sahaja. Mujur juga kami ada buat simulasi terlebih dahulu seperti yang dicadangkan oleh penganjur. Kalau tidak, memang haru biru.

Borang kebenaran dari pihak sekolah juga sudah diperolehi. Kami scan dan letakkan dalam satu folder. Memudahkan kami untuk upload kemudian.


Langkah pertama, kami perlu memahami syarat-syarat pertandingan terlebih dahulu. Pastikan username di Quizziz diletakkan nama penuh dan empat angka IC di belakang. Ok, checked.

Seterusnya, kami print peta Bandaraya Johor Bahru yang telah disediakan. Ada 11 check point dan 22 soalan yang perlu dijawab. Alhamdulillah, memang jelas dan mudah untuk difahami.

Kami buka Google Street dan menyusun strategi. Strategi sangat. Kah! Memang wow sangat pembelajaran anak-anak zaman sekarang. 

Paling best, dalam "riki-riki" check point, kami cuba meneka soalan yang akan keluar. Ada dua tiga soalan yang kami teka tepat dan hampir tepat. Alhamdulillah. 

Setelah semua bersedia, sekarang masa untuk menjawab soalan di Quizizz pula.


Perasaan berdebar itu emang tidak boleh bawa bincang. Memang tiada pemenang, tetapi kami excited menjadi pom pom girl untuk Aisyah. Hahaha.

Syukur, Aisyah berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Rasa seronok hati ibu, hanya Allah yang tahu.

Setelah semuanya siap, Kak Ida membantu mengisi borang Bukti Penghantaran Peserta.


Alhamdulillah, selesai satu lagi pertandingan peringkat Negeri untuk Aisyah.

Good luck Aisyah. Ibu doakan Aisyah terpilih menjadi salah seorang peserta yang mendapat Sijil Pencapaian. Amin amin YRA.


Sunday, August 29, 2021

Permohonan Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2022

Seawal pagi, guru kelas sekolah Aisyah telah berkongsi di group Whatsapp tentang permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2022.

Terus ingatkan si dia kerana link ini akan dibuka jam 10.00 pagi. Jadi, persiapan terutama maklumat dan sijil-sijil Aisyah (jika berkaitan) perlu disediakan. Tidak mahu ada kesilapan dalam mengisi data yang mengakibatkan permohonan ditolak.


Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2022 kini telah dibuka!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), sila klik pautan https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Monday, August 23, 2021

Kenangan untuk KESEF Sek. Keb. Taman Desa Skudai

Tercapai niat kami berdua untuk menghadiahkan beberapa "stamp packs" untuk KESEF sekolah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul .

Ada 14 orang semuanya.


Sebagaimana ramai yang menghadiahkan stamp packs pada anak-anak kami.

Kak Ida lihat mereka cukup teruja apabila menerima surat "atas nama mereka sendiri".

Besar harapan kami, anak-anak KESEF sekolah Aisyah juga gembira dengan pemberian kami yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Semoga usaha kecil ini dapat memupuk semangat mereka dalam mengumpul setem. Insya Allah.

Ok, baru Kak Ida tahu, jika kita "mencetak nama dan alamat" berbanding "menulis" di atas sampul surat, ia dikira "komersil". Jadi, kita perlu membayar harga setem RM 1.50.

Mujur Kak Ida terangkan pada kaunter, surat ini adalah untuk "sahabat pena". 



Bukan mudah, sambil Kak Ida nak masukkan surat ke dalam peti pos, kita sibuk juga hendak mengambil gambar kenangan.


Nah, ini adalah kadar bayaran pos domestik. 

Insya-Allah, dalam seminggu surat ini sampai ke tangan anak-anak. Doakan surat ini selamat semuanya. 

Monday, July 26, 2021

Program Pertukaran Sahabat Pena | Bahagian II

Alhamdulillah,

Tengahari tadi singgah ke Pejabat Pos di belakang rumah.

Aisyah dan Kak Ida menyertai Program Pertukaran Sahabat Pena anjuran Chong Yoke Ming .

Malam tadi, Aisyah sudah menulis surat untuk sahabat penanya di Sarawak. Aisyah turut menghadiahkan beberapa keping koleksi setem yang ada di tangan sebagai cenderahati kenang-kenangan.

"Tulisan itu maruah kita ibu. Kita kena tulis cantik-cantik."

Fuh, sentap!

Ibu baru merancang nak taip gunakan laptop. Sekali si anak berikan "tamparan wanita", membuatkan ibu speechless.

"Baik Aisyah, ibu akan menulis surat dengan tulisan tangan."


Hari ini, si dia tunjukkan Aisyah cara untuk menulis alamat di sampul surat, membeli setem di kaunter dan menampal setem di sampul surat dengan betul. 





Kemudian, surat dimasukkan ke dalam tong merah.


Terima kasih atas peluang yang diberikan. Kita belajar benda baru hari ini.

Saturday, July 24, 2021

Minggu Panitia Sains

Assalammualaikum semua,

Ya Allah, mujur Aisyah sempat mengambil bahagian dalam Minggu Panitia Sains yang dijalankan ada 16-24 Julai 2021.

Sempena minggu sains pada kali ini, sekolah menyediakan pertandingan-pertandingan untuk murid-murid menyertai. 

Kali ini, Aisyah menyertai Saintis Muda dengan membuat eksperimen ringkas dengan merakamkan video dalam masa 1-2 minit sahaja.


Tahniah Aisyah, semoga ada rezeki Aisyah. 

Sunday, July 18, 2021

Hadiah Setem Packs untuk Aisyah

Ya Allah,

Masih terkejut sebenarnya bila Kak Ida di"lamar" oleh Tuan Philip Tan berkenaan setem. Tidak menyangka Aisyah terpilih kerana setem ini selalunya akan diserahkan kepada pihak KESEF untuk dihadiahkan kepada ahli-ahli yang berdaftar.


Memang sudah tertulis rezeki Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul dapat hadiah "Setem Packs" dari Tuan Philip Tan .

Thank you sir. Thank you.

Semoga dengan hadiah stamp packs ini dapat menaikkan semangat anak-anak muda memulakan hobi mengumpul setem ini.

Thursday, July 15, 2021

Pertandingan One Page Sheet Aisyah Insyirah

Alhamdulillah, hari ini Kak Ida meluangkan masa berjumpa dengan Cikgu Hashimah tentang pertandingan Kelab Setem dan Filateli di sekolah Aisyah.

Pertama kali Aisyah memasuki pertandingan ini untuk mewakili sekolahnya membuatkan hati ini cukup berkobar-kobar.

Banyak perkara perlu diberi perhatian seperti tulisan, isi dan juga cara penyusunan setem supaya nampak lebih menarik kerana setiap satu itu mempunyai markah yang akan dinilai oleh juri.

Banyak ilmu yang dikongsikan. Rasa cukup bertuah dapat dipertemukan dengan beliau.

Kak Ida juga tidak lepaskan peluang melihat koleksi setem yang beliau ada. Fuh, memang boleh #LapPeluh.



Antara yang Kak Ida pelajari adalah bagaimana cara menyusun setem, cara penulisan dan lain-lain lagi. Masya Allah.

Terima kasih cikgu Hashimah. Doakan Aisyah ya. Semoga ada rezeki untuk beliau dan juga sekolah yang diwakilinya. 

Amin amin YRA.


Monday, July 5, 2021

Firefly Origami Activity


Asah skill membuat origami untuk menyertai Firefly Origamy Activity. Memang kelakar apabila melihat hasilnya.

Aisyah vs Ibu

"Kenapa ibu buat bugs mati?" - Aisyah.

Termenung sekejap bila melihat hasil yang Kak Ida buat.


Nak kata origami seperti katak melompat pun confirm katak pun tak sanggup nak mengaku.

Aduhai!

Saturday, June 26, 2021

Tema Bilik PdPr : Modern Cozy

Gigih si dia merealisasikan impian tema bilik PdPr Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul . 

"Modern cozy."

Cozy sangat aih. 

Oklah, fine!

Ibu nak tengok sejauh mana Aisyah boleh "pergi" dengan tema ini. Mana tahu, bertambah rajin ke, keputusan peperiksaan meningkat ke. Kan?


Kalau tidak, giliran ibu pula menukar tema. 

Thursday, June 24, 2021

25 Hari PdPr Mencintamu

Laptop dirumah ini sudah uzur sangat. Sudah hampir 10 tahun usianya. Skrin laptop pun dah "patah" dikerjakan anak-anak.

Switch on sahaja laptop, Aisyah perlu menunggu sehingga satu jam. Buka Google Meet ok walaupun ada kalanya sangkut-sangkut. Buka kamera, terus hang dan lag.

Ini belum lagi kalau cikgu menggunakan apps jamboard atau quizizz, terus "padam".

Bila restart, Aisyah kena tunggu dalam setengah jam lagi. Bertabahlah... 

Kenapa tidak guna handphone?

Kak Ida masih berpegang pada prinsip, anak-anak tidak boleh mempunyai handphone sendiri. Handphone yang ada boleh digunakan selewat-lewatnya jam 8.00 malam dan MESTI diserahkan pada Kak Ida atau si dia kerana TIDAK BOLEH dibawa ke bilik selepas masa itu.

Kami memang ada perjanjian tentang ini. Kalau dilanggar, silap hari bulan, memang handphone itu boleh "dilenyapkan" kecuali ada alasan kukuh.

Mengenangkan PdPr tidak tahu penghujungnya, satu keputusan segera perlu dibuat. 

Pada asalnya, Kak Ida mahu membelikan laptop. Berubah fikiran mengenangkan Kak Ida dan si dia juga WFH. Ada kalanya, memang kami perlu menggunakan komputer.

Tapppiii, alahai, set itu pre order dan dijangka sampai bulan September nanti. 

Kedai komputer pula bukan dalam kategori essential services. Mmm...

Setelah berbincang dengan along dan kebetulan monitor (komputer lama) masih dalam kondisi elok, Kak Ida akhirnya membuat keputusan untuk membeli CPU sahaja.


Alhamdulillah, yang dinanti sudah diterima dengan selamatnya.

Alhamdulillah, terima kasih along dan abang ipar yang memilihkan spec CPU yang sesuai untuk Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul . 

No reason at all after this.

Kelas petang tadi berjalan lancar. Kebahagiaan seorang ibu bila melihat anak dapat belajar dengan selesa.


Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tinggal beli web cam dan juga speaker (jika perlu). Selamat berPdPr Aisyah.

Friday, January 29, 2021

Salam PdPr2021

Salam PdPr2021.

Fuh, bukan kaleng-kaleng hashtag sempena pembukaan sekolah tahun ini. Pada awalnya, sesi persekolahan akan dibuka seperti biasa pada 20/01/2021. Malangnya, kes Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari di seluruh negara termasuk di Johor Bahru.

Johor masih diisytiharkan PKP ketika status ini ditulis. 

Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. 

Ramai yang bertanya, apa persediaan Kak Ida semasa anak-anak PdPr2021 dijalankan.

Ini hanyalah tips yang sesuai digunapakai oleh Kak Ida ya. Tidak semestinya ia sesuai kepada ibu-ibu yang lain. 

1. Sediakan setiap seorang anak dengan fail. Lebih baik, satu fail yang mempunyai banyak helaian (bergantung kepada subjek mata pelajaran anak). Ini kerana, sepanjang PdPr, anak-anak akan banyak membuat worksheet yang diprint dan perlu disimpan untuk rujukan bila anak-anak sudah kembali ke sekolah.

2. Ibu menyediakan satu buku khas untuk membuat Rancangan Pendidikan Anak-anak. Tidak perlu membeli buku baru, cukup sekadar buku lama-lama untuk kita "notes" semua kerja sekolah anak-anak yang perlu dibuat. 

Mudah untuk ibu menyemak jika ada yang tertinggal. Jika kita bergantung pada WhatsApp atau Telegram, memang akan ada info yang tertinggal.


3. Kak Ida dan si dia akan "spend" masa untuk melihat anak-anak membuat kerja sekolah. Kerja sekolah yang sudah siapkan, Kak Ida akan tandakan dengan pen merah.

Kita juga boleh meletak sebarang "nota". Kalau perasan, di penjuru nota, ada tertulis, www.public.moe.gov.my . Ini bagi memastikan Kak Ida tidak terlupa untuk menyiapkan "Kemas Kini Profil Murid" yang memerlukan tindakan ibubapa.

4. Kak Ida suka setiap helaian adalah untuk seminggu proses pembelajaran berlangsung. Ini sangat memudahkan untuk sesi rujukan.



Alhamdulillah, ini sahaja tips yang boleh dikongsi. Jika ibu ada cadangan yang bernas, jangan lupa drop tips di ruangan komen ya.

Jumpa kita di next entry. Tata.

 

Thursday, October 15, 2020

SK Taman Desa Skudai ditutup

Alhamdulillah,

Terima kasih atas doa, kasih sayang dan pertanyaan khabar untuk keluarga Kak Ida. 

Bermula hari ini, kami sekeluarga mengambil pendekatan "tanggungjawab sosial" dengan self quarantine di rumah selama seminggu.

Ya betul, sekolah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul yang terlibat dengan kes positif Covid-19. Sejujurnya, kami tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tiada seorang pun yang mahu perkara ini terjadi. 

"Kun fayakun". 

Bila Allah izinkan perkara ini terjadi, ia tetap akan terjadi.




Titipkan doa untuk warga SK Taman Desa Skudai. Doakan semua urusan dipermudahkan. Insya Allah, keputusan swab test hari ini, dapat diketahui dalam tempoh 3-4 hari lagi. 

Besar harapan Kak Ida, tiada seorang cikgu yang dijangkiti. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sekali lagi, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan.

Sunday, March 24, 2019

Jalan jalan Johor | Galeri Tenun Johor

Hari ini menyatuni Aisyah ke Program DIY Kraf bersama Kak Elmie.

Pertama kali Kak Ida ke sini sebenarnya dan sejujurnya Kak Ida terkejut kerana di MAWAR ada Galeri Tenun Johor. 

Alang-alang sudah sampai, Kak Ida membuat keputusan untuk meninjau apa yang ada disitu sambil menantikan kehadiran Kak Elmie.

Masuk adalah PERCUMA.



Galeri Tenun Johor ini bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Disini menempatkan cara-cara pembuatan kain tenun Johor mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan fabrik yang bermutu tinggi.










Di atas ini adalah Baju Kurung Telok Belanga Kain Broket untuk Wanita. Manakala lelaki pula memakai Baju Kurung Telok Belanga Kain Geriamut.


"Cindailah mana tidak berkias, jalinnya lalu rentah beribu. Bagailah mana hendak berhias, cerminku rentak seribu..."





Songket Johor Tengku Mahkota Johor.


















Ok, inilah hasil DIY Kraf bersama Kak Elmie. Cantik kan hasil yang dibuat oleh Aisyah. 



Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my