Wednesday, January 31, 2018

Happy Birthday Azie

Aktiviti MJ's.

Alhamdulillah, semalam Allah beri kesempatan untuk kami semua berkumpul. Sebenarnya, dirancang dalam jangka masa yang sangat singkat. Tidak sampai sehari.

Asalnya, kami merancang untuk menyambut birthday MJ's Azie pada 3/2/2018. Malangnya, jadual Kak Ida penuh pada hari tersebut. Huhuhu...

Kebetulan semalam cuti sempena Hari Thaipussam, Kak Ida call MJ's Susi untuk mengajak beliau melawat Hyreen yang tidak sihat.





Selesai melawat Hyreen, kami membuat keputusan untuk meraikan harijadi Azie. Alang-alang kami dapat berkumpul. Tapi, biasalah... semua last minute. Hadiah pun tidak sempat dibeli lagi. Alasan Kak Ida adalah Kak Ida mahu bersarapan. 

Tetapi, memang belum bersarapan pun. Laparrrrr... Hahaha...

Kebetulan Azie ke toilet, Farah mengambil posisi. Kak Ida dan Susi berkejar ke kedai bunga dan cenderamata di tingkat bawah Jusco. Sambil berwhatsapp meminta Farah terus membawa Azie ke Secret Recipe.







Yeay, mission accomplish.

Tuesday, January 30, 2018

Sujud syukur

Alhamdulillah,

Sujud syukur kepada Allah swt.

Si dia berkongsi cerita. Perjanjian SPA kami telah disiapkan.


Tinggal melangkah ke fasa seterusnya adalah pengurusan di pejabat pula. Doakan Kak Ida ya. Doakan Kak Ida.

Monday, January 29, 2018

Berpisah itu ada...

Pagi ini Kak Ida menyatuni majlis pot luck yang diadakan di pejabat Kak Ida sempena meraikan pertukaran pegawai Kak Ida ke Kuala Lumpur.

Menu utama hari ini semestinya soto dan juga kari ayam dan roti jala. Kari ayam hasil air tangan Kak Sikin. Of course la sedap... Hahaha.

Sebelum itu, ada ucapan alu-aluan dan penyampaian cenderahati dan diteruskan dengan menikmati minum pagi.

Ini geng Kak Ida di Cawangan Pelarasan Data Geospatial. Gila-gila perangai masing-masing. Almaklumlah, dalam sehari kami menghabiskan masa dipejabat hampir 10 jam. Hahahaha



Yang ini pula satu seksyen kami bergambar kenang-kenangan.



Agenda wajib pejabat Kak Ida. Satu lagi kenangan tercipta.

Pecah perut dibuatnya dengan gelagat masing-masing.

Kesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan selamat maju jaya pada Encik Rahman dan juga sekalung tahniah di atas kelahiran anak sulung beliau. Ada rezeki dan panjang umur, kita berjumpa lagi. Insya-Allah.

Ok semua, see you next entry. Tata!

Sunday, January 28, 2018

Teropong ajaib

Semalam Kak Ida menjadi urusetia untuk Panel Penilai Pertandingan EKSA JUPEM Johor.

Pagi Kak Ida di Batu Pahat dan petang Kak Ida perlu berada di Muar.

Ok, lupakan dulu di Batu Pahat.

Kak Ida cukup kagum dengan galeri ukur di PUD Muar. Cantik...

Mata Kak Ida tertacap di theodolite. Terus terimbas kenangan di Politeknik dulu.

Dulu takut kalau nak lalu (terutama pelajar perempuan), jika ternampak teropong ini. Siap ada yang kata, teropong ini boleh "tembus". Aduhai, kalau dikenang. Sampai ada yang kata, teropong ini teropong ajaib.

Ceh, sempat pula imbas-mengimbas pula kan... Hahaha

Oklah, layan dulu gambar Kak Ida di galeri ukur ini. Zaasss...






Pembaris tu legend ok. Hahaha. Kak Ida masuk kerja di pejabat pun, pembaris ini tidak digunakan lagi. Ikut sejarah, pembaris ini digunakan untuk mengukur dan melukis bering dan jarak di pelan akui.

Ok dulu extry kali ini. Tata

... sehingga ke Syurga

Insya-Allah, semoga hubungan halal ini sehingga ke syurgaMU.

Amin amin YRA.

Thursday, January 25, 2018

Nasi Egg

Hahaha, nasi egg ini makanan kegemaran Ammar.

Nasi putih dan telur dadar sahaja.

Menu ini pembuka selera Ammar. Lagi-lagi bila telur dimasak panas-panas.


Terima kasih si dia kerana berkongsi gambar.

Wednesday, January 24, 2018

Usrah Wanita

Kak Ida kongsikan aktiviti terbaru.


Boleh klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas bagi mendapatkan maklumat tentang Usrah Wanita ini.

Bonding time hampir berlalu

Alhamdulillah,

Hari ni, 24/1/2018, sudah masuk empat minggu persekolahan Aina dan Ammar di Dzul Iman. Syukur, bonding time untuk sebulan hampir berlalu.

Ya, bukan mudah untuk melepaskan anak-anak istimewa ke sekolah. Seribu satu perasaan bercampur baur. Si dia juga tidak tidur malam mengenangkan hari pertama Ammar ke sekolah.

Seribu satu persoalan bermain di kepala.

Bolehkah Ammar? Macam mana Ammar? Adakah Ammar?

Manakala, Kak Ida merupakan "penunggu" setia di group whatsapp setiap hari. Ya, setiap hari.

Menantikan gambar dan berita anak-anak dikongsi oleh teacher. Setiap hari teruja melihat perkembangan demi perkembangan Aina dan Ammar.

... dan Kak Ida akan fowardkan pada si dia pula.

Ya, Kak Ida tidak mengharapkan keajaiban kerana fokus utama Kak Ida terhadap anak-anak adalah mereka dapat bersosial dengan baik dengan rakan sebaya.

... Setelah hampir sebulan berlalu, Ammar sudah tidak menangis bila ditinggalkan lagi. Alhamdulillah. Walaupun adakalanya Ammar masih tidak memahami apa yang perlu dibuat, tetapi dari Kak Ida tahu Ammar akan cuba buat sebaik mungkin untuk bersaing dengan anak-anak yang lain.

Terima kasih teacher. Terima kasih kerana memberi peluang mendidik anak-anak.







Tadika belajar sambil bermain. Fitrah anak pada umur golden age adalah bermain. :)

Ibu mahu simpan kenangan ini.

Tuesday, January 23, 2018

Lawatan EKSA ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Pada 23 Januari yang lepas, Kak Ida bersama tim EKSA JUPEM Johor berkesempatan untuk menyantuni jemputan Lawatan Penanda Arasan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam, EKSA di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Gelang Patah, Johor Bahru.

Seramai 20 orang dari JUPEM Johor.


Sebelum memulakan program, kami bersarapan ringan dahulu.


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari tuan rumah dan kami diberi penerangan ringkas EKSA di sana. Memang mengkagumkan kerana banyak idea kreativiti disitu yang dibuat oleh ahli zon. 

Kemudian, tuan rumah membawa kami untuk melawat kawasan. 








Berjumpa dengan bekas rakan sekerja lama Kak Ida di JUPEM Johor, Kak Nisah. Semakin cantik dan semakin gojes. 


Ruang bacaan ini membuatkan Kak Ida terkelu sekejap. Hahaha


Sanah Helwah Aisyah

HAPPY BIRTHDAY Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul

Lahir jam 1.23 pagi pada 9 tahun yang lepas.

Kelahiran yang dinanti.

Satu-satunya anak yang keluar melalui "tingkap" kerana ibu tidak mampu melahirkan secara normal kerana asma. Biar perut ibu berbelah, asalkan anak yang dikandung lahir dengan selamatnya.

Entry khas ibu untuk Aisyah. Anak sulung ibu yang cukup matang. Anak sulung yang banyak membuat keputusan bagi ibu dan ayah. Anak sulung ibu yang banyak mengajar ibu dan ayah. Ada kala nampak mewarisi sikap ibu yang keras kepala, tetapi diimbangi dengan mewarisi sikap ayah.

Aisyah...

Ibu doakan Aisyah menjadi anak penyejuk mata. Menjadi anak yang solehah, anak yang taat pada agama, kakak sulung yang dapat melindungi adik-adik (walaupun ibu tahu tekanan yang terpaksa Aisyah lalui kerana ada adik yang istimewa).

Aisyah...

Tiada kata yang dapat ibu tulis. Cukup Aisyah tahu, doa ibu sentiasa ada mengiringi setiap derap langkah Aisyah.

Terbanglah setinggi yang Aisyah boleh untuk mencapai impian Aisyah.

Kak Ida juga mohon doakan yang baik-baik untuk Aisyah ya. 😍😍😍


#ByKamilia

Monday, January 22, 2018

Majlis Watikah Lantikan Pemimpin Kecil 2018

Perkongsian melalui group Telegram Sarana SKTDS, hari ini berlangsung Majlis Watikah Lantikan Pemimpin Kecil 2018.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Sub Inspektor Azali bin Awi (Ketua Balai Polis Taman Universiti).

Daripada berpuluh-puluh gambar yang dikongsi oleh guru penyelaras, jenuh mata Kak Ida menelek satu-satu wajah mencari Aisyah dimana. Hahaha...

Alhamdulillah, bangga seorang ibu.



Ibu doakan Aisyah dapat memegang jawatan Pengawas Perpustakaan dengan penuh bertanggungjawab, dedikasi dan jujur serta amanah. Insya Allah.

Jumpa lagi di next entry. Tata!

Tabung Haji - Mengemaskini Profil

Alhamdulillah,

Berkesempatan untuk mengemaskini buku tabung Haji selepas membaca berita Kosmo!

Ramai pendeposit gagal untuk mengemaskini profil peribadi masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini mengenai pertukaran alamat, nombor telefon dan penamaan waris.


Tidak sanggup Kak Ida termasuk dalam jumlah 6.4 juta pendeposit yang tidak mengemaskini profil peribadi masing-masing. Kah!

Jadi, kebetulan Kak Ida ke Tabung Haji, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk terus menukar alamat dan mengemaskini apa yang perlu tanpa menangguhkan urusan.

Kalau tangguh biasanya memang tidak pernah menjadi. Kan?

Sampai di Tabung Haji (Kaunter Khidmat Pelanggan), Kak Ida diberi borang dan perlu melengkapkan borang tersebut terlebih dahulu. Lenguh juga tangan jika kita ramai anak. Hahaha...

Setiap satu nama = satu borang.

Kemudian, selesai mengisi borang, Kak Ida dan si dia terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan. Kalau buat ketika ini, tidak ramai selalunya. Jangan pergi ketika musim daftar haji. Menangis tidak berlagu di kaunter. Hahaha...

Selesai tandatangan dan memberi cap jari kiri, semua urusan pengemaskinian profil selesai. Mudah sangat.

Nampak remeh ketika ini, sebenarnya memberi kesan pada masa akan datang.

Cuma untuk meletakkan penama, perlu ke kaunter khas. Penama tidak boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan kerana perlu ada pengesahan.

Alhamdulillah, selesai big task hari ini. Jumpa lagi next entry. Tata!

Sunday, January 21, 2018

Family Tree Syamilia

Hari ini membantu Aisyah menyiapkan kerja sekolah.

Teacher pagi-pagi sudah masukkan dalam group WA sekolah tentang homework #FamilyTree. Kreativiti perlu dibuat antara anak dan ibubapa.

Seperti ibubapa yang prihatin (sambil mata naik ke atas), Kak Ida ingatkan si dia supaya jangan lupa mendapatkan gambar-gambar keluarga.

Maklumlah, masa pada waktu malam singkat. Tahu-tahu sahaja jam sudah menginjak ke pukul 10 malam. Huhuhu.

Jom layan Aisyah buat homework!






Jumpa di entry akan datang. Tata!

Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa Johor Bahru

Alhamdulillah,

Antara list to do Kak Ida pada Tahun 2018 adalah untuk mendaftarkan diri menjadi sebahagian dari keluarga Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa Johor Bahru, Johor atau GIAT.


Pertubuhan ini adalah untuk perkongsian (Support Group Parents) bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa seperti ADHD, Autism, ADD dan lain-lain lagi.

Sangat bagus kerana sebenarnya kita tidak keseorangan dalam membesarkan anak-anak syurga. Perkongsian demi perkongsian dapat membantu ibubapa meneruskan kelangsungan hidup anak. Jangan dibiarkan anak dikurung kerana malu dan "tidak tahu hendak kemana".

Oh ya, boleh juga mendaftar setahun setahun jika tidak mahu seumur hidup. Yuran yang dikenakan juga berpatutan seiring dengan aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan ini. Insya Allah.

Alamat adalah seperti yang tertera pada resit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...