Thursday, January 11, 2018

Pengalaman ke Klinik 1Malaysia

Petang semalam Kak Ida surrender.

Setelah dua hari hidung ini "banjir", kemudian mula batuk, asma Kak Ida datang menyerang.

Itupun Kak Ida sudah cuba selepas prevent dengan Prednisolone, sedut symbicort semaksimum boleh, bricanyl, dan Singulair. Lega tetapi tidak lama.

Kak Ida terpaksa menyantuni klinik 1Malaysia di Bandar Baru Kangkar Pulai untuk mengambil nebulazer.



Pertama kali datang ke situ. Lebih tepat lagi Klinik 1Malaysia.

Selama ini Kak Ida ke KK Taman Universiti, atau ke KK Seri Orkid. 

Kerapnya Kak Ida akan ke hospital terus. Sebab kebetulan Kak Ida memang bekerja di bandar.

Memang terkejut tengok fasiliti di Klinik 1Malaysia. Lengkap. 

Dengan bayaran serendah RM 1 untuk orang awam (warganegara), mereka berhak menerima akses perubatan dari kerajaan. 

Allahu. Syukur sangat Kak Ida menjadi rakyat Malaysia. Sendiri maklum, kos yang melibatkan perubatan adalah kos yang paling tinggi didunia.

Selesai pendaftaran, Kak Ida terus dibawa ke bilik pemeriksaan untuk mengambil nebulazer. 

MA bertanya ringkas keadaan Kak Ida serta memeriksa lungs. Lincah pergerakan MA menyediakan dos ubat-ubatan untuk nebulizer.

Sempat Kak Ida mengerling keadaan dibilik itu. Semua lengkap.

Setelah selesai mengambil dos ubat nebulazer, Kak Ida diminta berehat sebelum berjumpa MA (Medical Assistant) untuk pemeriksaan selanjutnya.

Alhamdulillah, walaupun bukan lega sepenuhnya, tetapi keadaan Kak Ida lebih baik dari sebelumnya. Kak Ida dibekalkan dengan ubat-ubatan dan titipan pesanan, jika keadaan masih tidak berubah Kak Ida perlu juga ke hospital.

Terima kasih atas layanan MA dan nurse di Klinik 1Malaysia.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my