Sunday, November 15, 2020

Empat sebab kita belum terlambat untuk membeli emas

Ada empat sebab utama kenapa kita belum terlambat untuk membeli emas. Kak Ida kongsikan sebagai nota kita bersama.







Saturday, November 7, 2020

Worth it

Semenjak menyambung pelajaran di UTM Space, setiap kali semester baru Kak Ida cuba menghabiskan yuran secara beransur-ansur.

Buat masa ini, Kak Ida masih bertahan untuk tidak meminjam dari mana-mana institusi kewangan atau PTPTN. 

Tidak sanggup menambah beban sebenarnya. 

Ya, walaupun terlalu banyak kehendak perlu dilupakan, buat masa ini. Inilah menjadi keutamaan.

Dalam gaji, ada portion untuk ini. Malah, jika masih ada berbaki duit lebihan gaji, Kak Ida pasti "melabur" ke sini.

Alhamdulillah, rasa puas hati bila melihat angka RM 0.00 untuk semester ini. Ansur-ansur bayar akhirnya akan habis juga. Insya-Allah.


Doakan kejayaan Kak Ida ya kawan-kawan.


Wednesday, November 4, 2020

Quote of the day

 "Train your mind to see the good in every situation".



The Ukhti's Art

 Yok, Kak Ida ingin mengajak beramai-ramai untuk kelas "online" The Ukhti's Art.

Menarik sangat kerana Kak Ida percaya, dengan melukis dan mewarna dapat mengurangkan anxiety seseorang.

Hubungi nombor telefon yang tertera di poster ya.



Eclampsia : Pengalaman paling mahal

Kak Ida berbual dengan Kak Haya diluar. Biasalah kalau berjumpa. Ada sahaja perkara yang hendak dibincangkan.

"Ok tak dik?" tegur Kak Ida pada seorang pelatih yang duduk di satu sudut. Kak Ida lihat, dari tadi tidak berhenti-henti muntah. Lepas muntah, dia akan berbaring semula.

'Cantik budaknya. Nampak seri seorang ibu.' getus hati Kak Ida.

Tapi, renungan dia kosong. Tidak menjawab ya atau tidak pada persoalan Kak Ida. 

Tidak mahu menganggu emosi ibu, Kak Ida teruskan perbualan dengan Kak Haya.

"Teringat Ida masa bersalin Aisyah kak. Ibu sebelah katil macam inilah. Sakit kepala dan muntah teruk. Bayangkanlah ya kak sakit kepala dalam masa yang sama sakit nak bersalin. Sakit atas bawah."

Tergelak Kak Haya bila mendengar komen Kak Ida.

"Itulah, mak kata memang nak bawa ke KK. Bawa check-up."

"Ooo, kalau macam tu oklah... Insya Allah, takde apa-apa ni."

-----------

"Mak!!! Makkkkk!!! mulut Nur (bukan nama sebenar) berbuih..." Kak Ida menangkap suara pelatih menjerit dari luar.

"Panggil mak kak. Panggil makk. Makk!" kata seorang pelatih pada Kak Ida. 

Bergegas Mak keluar dari majlis. Bila suara cemas memanggil dari luar.

"Sawan ni kak Haya. Allahuakbar."

Ngiringkan ibu, ngiringkan. Takut ibu tak boleh bernafas. Mana kain, kain..."

Cemas betul melihat situasi yang tidak di duga ini.

"Kak, air ketuban dah pecah!"

Allah... Allah... Nur! buka mata. Buka mata. Nur... Nur... Nur dengar tak? sambil Kak Haya menepuk-nepuk pipi Nur untuk disedarkan. 

"Pukul berapa sekarang?"

"1.10 kak."

Kondisi Nur sangatlah tidak memuaskan. Tidak boleh Kak Ida nak describe keadaan Nur. Mukanya pucat sungguh.

"Mak, tolong call ambulance mak." cemas suara Kak Ida.

"Kak!! Nur kejang balik ni."

"Allahuakbar."

Kelam-kabut kami lagi dibuatnya. Sambil Kak Haya tidak berhenti-henti mengusap-usap kepala dan memanggil Nur supaya sentiasa sedar.

"Ya Allah, ampunkan dia ya Allah, ampunkan dia... kurangkan sakit dia ya Allah... Nur... sabar ya, sabar..." doa Mak bila melihatkan keadaan Nur yang masih kekejangan menahan sakit.

Pecah akhirnya empangan mata bila melihat situasi ini.

"Pukul berapa sekarang?"

"1 lebih. Ambulance lambat kak. Sebab dari HSA."

"Kena tengok selang masa Ida. Akak rasa setiap kali kontraksi, sawan dia akan datang..."

Betul telahan Kak Haya. Nur kejang buat kali ketiga sementara menantikan ambulans sampai. Sayu lagi hati bila mak mengulang balik ayat,

"Mana ambulance ni... Ya Allah, ampunkan dia, Ya Allah. Ampunkanlah dia."

"Ida cuba call Dr Tika..."

"Tak angkat Kak. Takut Dr tengah sibuk." Buntu kami dibuatnya.

Selang beberapa minit kemudian, sampai juga ambulance yang ditunggu. Lega terus rasa hati bila Nur sudah menerima rawatan sewajarnya.

"Ok, patient dah boleh angkat." 

Belum sempat lagi Nur diangkat ke stretcher, Nur kejang semula. Meleleh-leleh darah keluar dari mulutnya. 

"Ngiringkan semula patient." arah doktor. 

Pahit sungguh rasa air liur yang ditelan. Melihat seorang ibu yang sedang berjuang hidup dan mati bagi melahirkan satu nyawa.

Kak Ida boleh bayangkan trauma si ibu. Ujian yang beliau hadapi sekarang bukan calang-calang. Tanpa lelaki bergelar suami, tanpa ibu dan ayah disisi. Beliau perlu menghadap sakit bersalin seorang diri dalam usia semuda ini. Allahuakbar.

"Tolong Dr. Buat apa yang patut ya. Semua barang ada dalam beg itu. Tidak perlu tunggu saya. Surat pelepasan juga ada di dalam buku merah."

Seorang manusia yang kami gelar "Mak" yang tiada pertalian darah. Risaunya tetap sama seperti seorang mak pada anaknya.

Ya, betul. 

Jauh sangat untuk kita seorang wanita untuk menjadi seorang ibu yang sempurna. Banyak sangat cacat celanya jika kita beri pada lelaki yang bergelar bapa menyenaraikan sisi kurangnya seorang ibu.

Tetapi, satu nyawa ibu yang akan ditukar sebagai galang ganti bagi melahirkan zuriatnya di dunia ini. 

"Kita yang melihatnya juga sedang diuji."

"Terima kasih Ida kerana berkongsi rasa cemas Mak..." 

Allahu, mahal sungguh pengalaman ini. 



 

What is your affirmation?

Drop your affirmation at comment ok.

My affirmation is

"I free myself from my problems and accept abundance and success"


 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my