Saturday, October 19, 2019

Cinta Luar Biasa | Andmesh Kamaleng

Kak Ida jatuh cinta betul dengan lagu ini. Susunan muzik dan liriknya membuatkan Kak Ida cukup terbuai. 


Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Hari-hari berganti
Kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya…

Friday, October 18, 2019

JJCM | Makan malam di KAWD

"Abang, jom makan luar malam ni?"

Kepala Kak Ida terus membayangkan restoran KAWD yang terletak di Taman Sri Pulai Perdana. 

  













Tuesday, October 8, 2019

Outing Kidzoona Aeon Mall Bandar Dato Onn

Hari ini khalifah DzulIman #outing ke Kidzoona. Salah satu tempat menarik untuk anak-anak di Aeon Mall Bandar Dato Onn, Johor Bahru.




We're ready. Enjoy kids!

Memang berbaloi "indoor playground" ini. Banyak


Entry Fee untuk weekdays adalah sebanyak RM 14.00 manakala untuk hujung minggu atau cuti umum atau cuti persekolahan adalah sebanyak RM 19.00 (unlimited time). Memang berbaloi sangat. Paling penting, jangan lupa bawa stokin.


Melihat anak-anak gembira menikmati setiap permainan yang ada di Kidzoona membuatkan Kak Ida cukup gembira. 






Hilangkan dahaga dengan Yakult. Hahaha


Sambung balik lepas recharge tenaga.




KIDZOONA
Level 2, AEON Mall Bandar Dato' Onn
81100 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.


Keletihan bila seharian di Kidzoona. Hahaha

Saturday, October 5, 2019

Smoky Colour Run 2019

Pertama kali Kak Ida menyertai night run bersama partner in crime, Linda Nasir.

Selepas balik dari pejabat, Kak Ida terus bergegas balik ke rumah. Selesaikan dulu urusan di rumah dan buat sesi pemanasan badan sebelum ke Taman Universiti untuk mengambil partner sebelum bergerak ke Stadium Azman Hashim di UTM Skudai.

Selama ini Kak Ida hanya join Virtual Run sahaja. Malam ini Kak Ida mahu cuba mencabar diri membuat sesuatu yang baru. Hahaha


Seperti biasa, kita selfie sekeping dulu. Abaikan baju yang terlebih besar. Itu sahaja saiz baju yang tinggal. Padahnya bila kita membuat keputusan di saat akhir. Kan?

Kemudian, kami ke meja pendaftaran untuk mengambil makanan ringan dan juga tali hijau (jika kita ada masalah kesihatan seperti asma atau berkaitan pernafasan). Pada awalnya, Kak Ida tidak mahu memakai tali hijau tersebut. Akhirnya mengalah kerana tidak mahu menyusahkan pihak penganjur.



Sebelum memulakan larian, kita perlu panaskan badan dulu. Dalam masa yang sama, hati ini cukup berdebar... "Boleh ke aku buat?"



Pada awalnya semua berjalan lancar. Alhamdulillah sangat-sangat. Tetapi, di pertengahan jalan Kak Ida mula surrender. Ikutkan partner tidak mahu meninggalkan Kak Ida bersendirian, risau apa-apa yang terjadi. Tetapi, dalam masa yang sama, Kak Ida tidak mahu dia ketinggalan...

"Pergi dulu Linda, nanti tunggu aku di finisher line..."

Are you sure?

"Yes, please go!"

Allahu, memang mencabar sungguh bagi diri Kak Ida. Serius!

Alang-alang menyeluk perkasam, Kak Ida cuba juga untuk habiskan larian walaupun di tempat terakhir! 

Alhamdulilah, ubat ada di poket. Tali hijau juga sudah dipakai. Perlahan-lahan Kak Ida cuba habiskan larian. Berselang-seli dengan berjalan dan teruskan dengan larian semula.


... dan betul, Linda menunggu Kak Ida dengan penuh debaran di Finisher Line.


Rasa nak menangis yoouuu... Tak sangka Kak Ida boleh menghabiskan larian 5km. Perasaan puas hati tidak itu memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.



and yes, I did it! 


Terima kasih Linda Nasir kerana sabar menanti. Pompom girl paling gojes malam itu! 

Our next night run my partner




Quote of the week #1

Quote of the week #1

"My life has been a blessing. I'm grateful for everything I have, the places I've been and the things I'v seen"


Ume Floral and Cafe

Selepas berkejar-kejaran menyelesaikan urusan Aisyah di hospital, tengahari (lunch hour) Kak Ida menyantuni treat birthday bersama-sama #SisterBF.

Memandangkan hanya Kak Ida yang bekerja di hari minggu, kami bermuafakat untuk berkumpul di bandar sahaja. Gigih mereka semua turun. Allahu.

Kali ini, kami memilih Ume Floral & Cafe bertempat di Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru.

Bagi mereka yang suka dessert, western dan bunga, memang tempat ini sangat sesuai untuk berkumpul dan meraikan hari istimewa yang tersayang.


Kak Ida sampai lebih kurang jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, semua sudah siap terhidang. Hiasan di atas meja sangat-sangatlah cantik dengan ditaburi dengan kelopak bunga ros. 

Romantik sangat.




Bergambar kenangan. 





Menu pilihan kami.





#Sister'sDay.


Setiap dari kami akan dapat sejambak bunga. Hallah... hallah, melting!


Sedap weh keknya terutama nuttela cheese tu. Hilang stress makan manis-manis. Hahahaha...
















Tidak sah bergambar kenangan berlima. Aksi ini akan diulang semula tahun depan. Jadi, simpan baik-baik dalam blog. Hihi



Terima kasih sahabat atas ingatan dan hadiah. Terasa cukup dihargai. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...