Sempena harijadi Kak Ida hari ini, si dia mengajak Kak Ida untuk menikmati selera disini.
Sebenarnya, sudah lama mengajak, tetapi itulah... "tidak sejalan".
Selepas Kak Ida habis waktu kerja, kami terus ke sini. Memakan masa hampir setengah jam dari Pusat Bandaraya.
Paling kelakar, anak-anak ingat kami makan di dalam "kapal terbang". Kah! Tinggi betul imaginasi mereka. Sebenarnya, cafe ini dihias seperti kita seolah-olah berada di awan biru.
Kami dijemput masuk oleh pramugari dan bertanyakan berapa orang yang datang. Kemudian, kami terus di bawa ke meja mengikut bilangan orang.
Duduk sahaja, kami diberikan "Boarding Pass" untuk memilih menu. Ada beberapa pilihan menu iaitu western, Korea, Japan dan Malaysian.
Sambil menunggu makanan sampai, kami selfie sekeping dulu. Tempat bersih dan kemas. Sangat sesuai untuk keluarga kecil yang mahu mencarikan kelainan.
Suasana pun tenang sahaja. Tidak terlalu havoc.
Paling menarik adalah air yang dihidangkan didalam "globe". Ia dihidangkan bersama dengan empat cawan kecil yang berisi ais.
Alhamdulillah, lihat si dia dan anak-anak seronok menikmati makanan pilihan membuatkan Kak Ida cukup gembira. Hilang rasa penat seharian bekerja.
Harganya pula sangat berpatutan.
Alhamdulillah, terima kasih si dia kerana treat birthday Kak Ida hari ini. Sangat-sangat menghargainya.
Bestnyaaaa. takyah naik plane betul dah seronok dah
ReplyDelete