Saturday, October 5, 2019

Smoky Colour Run 2019

Pertama kali Kak Ida menyertai night run bersama partner in crime, Linda Nasir.

Selepas balik dari pejabat, Kak Ida terus bergegas balik ke rumah. Selesaikan dulu urusan di rumah dan buat sesi pemanasan badan sebelum ke Taman Universiti untuk mengambil partner sebelum bergerak ke Stadium Azman Hashim di UTM Skudai.

Selama ini Kak Ida hanya join Virtual Run sahaja. Malam ini Kak Ida mahu cuba mencabar diri membuat sesuatu yang baru. Hahaha


Seperti biasa, kita selfie sekeping dulu. Abaikan baju yang terlebih besar. Itu sahaja saiz baju yang tinggal. Padahnya bila kita membuat keputusan di saat akhir. Kan?

Kemudian, kami ke meja pendaftaran untuk mengambil makanan ringan dan juga tali hijau (jika kita ada masalah kesihatan seperti asma atau berkaitan pernafasan). Pada awalnya, Kak Ida tidak mahu memakai tali hijau tersebut. Akhirnya mengalah kerana tidak mahu menyusahkan pihak penganjur.



Sebelum memulakan larian, kita perlu panaskan badan dulu. Dalam masa yang sama, hati ini cukup berdebar... "Boleh ke aku buat?"



Pada awalnya semua berjalan lancar. Alhamdulillah sangat-sangat. Tetapi, di pertengahan jalan Kak Ida mula surrender. Ikutkan partner tidak mahu meninggalkan Kak Ida bersendirian, risau apa-apa yang terjadi. Tetapi, dalam masa yang sama, Kak Ida tidak mahu dia ketinggalan...

"Pergi dulu Linda, nanti tunggu aku di finisher line..."

Are you sure?

"Yes, please go!"

Allahu, memang mencabar sungguh bagi diri Kak Ida. Serius!

Alang-alang menyeluk perkasam, Kak Ida cuba juga untuk habiskan larian walaupun di tempat terakhir! 

Alhamdulilah, ubat ada di poket. Tali hijau juga sudah dipakai. Perlahan-lahan Kak Ida cuba habiskan larian. Berselang-seli dengan berjalan dan teruskan dengan larian semula.


... dan betul, Linda menunggu Kak Ida dengan penuh debaran di Finisher Line.


Rasa nak menangis yoouuu... Tak sangka Kak Ida boleh menghabiskan larian 5km. Perasaan puas hati tidak itu memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.



and yes, I did it! 


Terima kasih Linda Nasir kerana sabar menanti. Pompom girl paling gojes malam itu! 

Our next night run my partner




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my