Saturday, September 28, 2024

JJCM | Ruma Tengah

Meraikan birthday girl malam ini.

Yes, I'm official 43 years. Alhamdulillah, kami semua dapat berkumpul semula setelah anak-anak terlibat dengan program perkhemahan di Hutan Bandar, Johor Bahru.

Malam ini, Kak Ida diraikan di Ruma Tengah yang terletak di Jalan Merdeka, Kampung Majidee, Johor Bahru.


Est 2015. 


Syukur, ketika Kak Ida sampai masih belum ramai lagi. 



Gambar kenang-kenangan satu keluarga sementara menantikan makanan sampai. Hehehe...




Signature dish Ruma Tengah, Laksa Johor.


Nasi lemak telur rebus pilihan Adilah, manakala Ammar nasi lemak ayam goreng.


Beef Pan Mee pilihan Aisyah, manakala si dia Chicken Pan Mee.


Cheezy Fries pilihan Aina. 

Harga keseluruhan adalah RM 100.00. Not bad right?

Alhamdulillah, satu bentuk kesyukuran pada Kak Ida kerana dapat meraikan hari istimewa bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas doa, ingatan, ucapan dan kad sempena ulangtahun Kak Ida. Semoga doa yang baik-baik berpatah semula pada kalian semua. 

Amin amin YRA.

 

Friday, September 27, 2024

JJCM | Golf and Coffee di Range Golf, UTM

Salam bloggers,

Malam tadi Kak Ida mencuba port baru yang terletak berhampiran di Range Golf, UTM. Kalau kita masuk melalui Jalan Desa Bakti UTM, haaa... memang cafe ini terletak betul-betul bersebelahan di sebelah range golf.

Ketika Kak Ida sampai, kus semangat. Memang ramai pelajar dan orang luar sedang menikmati coffee.


Pilihan Kak Ida semestinya Latte. 


Ya, beef foldover! Recommended menu ini bila anda ke sini. Sos hijaunya cukup mengancam! Harganya RM 15.00 yang dihidang panas-panas.



View malam ini berlatarbelakangkan padang golf. Hehehe...

Cuma itulah, muziknya agak kuat dan tidak sesuai untuk lepak sambil berbual-bual. Jika diperlahankan lebih baik mungkin. 

So far, layanan yang diberikan cukup baik. Kebersihan terjaga dan jika ingin mencuba port baru di sekitar Skudai, boleh ke sini.

 

Wednesday, September 18, 2024

Run4Fund Wakaf | Masjid Taman Pulai Indah

Yeay, it's a day. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk join Run4Fund Wakaf anjuran Majlis Agama Islam Johor.

Berlari sambil berwakaf serendah RM 10.00 sahaja. 

Kali ini, larian dibuat di Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru. Selain larian, MAIJ juga mengadakan Program Semarak Subuh.