Monday, September 30, 2019

Selamat Maju Jaya

Petang ini Kak Ida meraikan majlis pertukaran sahabat seunit.

Alhamdulillah. Banyak suka duka kami di Unit CPDG ini. Lebih-lebih lagi Kak Ida bukan berlatarbelakangkan CDS dahulu. 

Jadi, banyak yang perlu Kak Ida pelajari.




Cenderahati dari unit CPDG.



Dikesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga lebih cemerlang di tempat baru.

Saturday, September 28, 2019

Kebaikan bermain hujan untuk anak-anak

Alhamdulillah, semalam di Johor Bahru dilimpahi hujan lebat. Biarlah hujan turun supaya jerebu "cepat hilang". Lagipun sudah lama tiada hujan. 

Semalam, balik kerja Kak Ida lihat anak-anak sedang berseronok menikmati hujan yang turun. Kalau orang-orang tua dahulu, memang melarang keras anak keluar dan bermain hujan kerana bimbang anak akan demam. 

Tetapi itulah, bermain air hujan sebenarnya ada keseronokan dan kebaikan yang tersendiri.

Menikmati pengalaman. 


Antara kebaikan bermain hujan ialah:-

Elok untuk rambut
Mengikut kepercayaan orang barat, mandi hujan dapat membuatkan rambut bersinar. Ini kerana air yang turun dari langit mempunyai kadar PH yang hampir sempurna, bebas dari garam dan bebas mineral yang tidak elok.

Air hujan mengandungi H202 dan unsur nitrogen
H202 bermaksd hidrogen peroksida. Air hujan mengandungi kandungan H202 yang bersifat bukan organik. Selain itu, air hujan juga kaya dengan unsur nitrogen. Apabila anak-anak bermain hujan, tubuh kita akan memperolehi unsur nitrogen yang memberi kesan pada pertumbuhan, hormon, fungsi otak dan sistem kekebalan untuk tubuh badan.

Mengeluarkan toksin dalam tubuh
Tips ini adalah dengan larutkan garam dengan air hujan. Kemudian rendamkan kaki selama 15 minit. Insya-Allah, ia dapat mengeluarkan toksin dalam badan. 

Menghilangkan bau hanyir
Cucilah tangan dengan air hujan. Malah, air hujan lebih baik daripada sabun. 

Namun begitu, tidak digalakkan anak-anak bermain hujan dalam keadaan ribut petir, ataupun hujan baru mula-mula turun. Pastikan hujan sudah turun dengan lebat dan rasailah keseronokan bermain hujan. 

Happy Birthday to Me

Alhamdulillah, sudah menjejak angka 38 tahun ini. Terima kasih mama kerana bertarung nyawa melahirkan angah. Terima kasih mama dan papa kerana membesarkan anak.

Syukur di kala usia ini, Kak Ida dikelilingi suami, anak-anak dan sahabat yang baik.


Sumber: Google

Friday, September 27, 2019

Pengalaman ke Back and Neck Chiropractic Johor Bahru

Semenjak kebelakangan ini, Kak Ida mengalami sakit belakang yang agak teruk. Nak rukuk pun agak sukar. Melilit sakitnya sampai ke kaki.

Hari ini gagahkan diri untuk ke Back and Neck Chiropractic yang terletak di Jalan Harimau Tarum, Taman Abad.

Kak Ida kongsikan apa itu kiropraktik. 
Kiropraktik adalah satu teknik tekanan (picit), urutan, penarikan dan tekanan-tekanan pada vertical yang dapat melegakan sendi-sendi yang terkehel dan meletakkan kembali tulang-tulang yang "berubah". Ia merupakan salah satu kaedah (tanpa ubat) yang membetulkan tulang pinggul yang menjadi tunjang penting kepada anggota badan dan seterusnya membetulkan tulang belakang dan sendi-sendi yang lain.

Sebelum kita datang, pastikan kita membuat temujanji dahulu untuk mengelakkan kita menunggu lama. Staf melayan kita dengan baik sekali.


Temujanji Kak Ida pada jam 4.00 petang. Sampai di klinik, Kak Ida perlu mengisi borang maklumat peribadi dan latar belakang sejarah penyakit (jika ada) dan penyakit yang kita alami sekarang.

 Tunggu sehingga giliran kita "naik". Doktor akan memanggil kita untuk konsultasi terlebih dahulu.

Doktor akan menunjukkan secara visual punca yang terjadi. Alhamdulillah, memang kita boleh faham.

Seterusnya, Kak Ida masuk ke bilik rawatan untuk merenggangkan urat. Hampir 10 minit Kak Ida duduk di bilik rawatan ini sambil dibantu oleh staf yang bertugas.

Selepas habis treatment ini, Kak Ida masuk ke bilik sebelah. 

... dan nah, memang lega sangat bila doktor memulakan proses kiropraktik menekan pinggang dan leher. 

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Hilang tegang urat dan sakit pinggang yang Kak Ida alami. Insya-Allah, minggu depan akan menjalani sesi treatment untuk seterusnya. 



Thursday, September 26, 2019

Lawatan sekolah ke Sealife Legoland

Kak Ida excited ok. Boleh bayangkan keterujaan Aina pula macam mana? Hari-hari bertanya, "baju hijau tu nak pakai bila?" Hahaha...

Hari ini pihak sekolah Aina ada membuat lawatan ke Sealife, Legoland. Seperti biasa, Kak Ida ditugaskan menjadi "bodyguard" Aina. Bonding ibu dan Kak Ngah. Gituwww...

Lawatan kali ini seramai 66 orang peserta.

Kami bergerak ke Sealife, Legoland lebih kurang jam 9.15 pagi. Selepas bacaan doa dan kata-kata pesanan dari PK1 yang menyentuh tentang keselamatan anak-anak. Kami terus berjalan menaiki bas.


We're ready!


Sekeping dulu bersama Aina di dalam bas. 

Bas menurunkan kami di Mall of Medini. Makk aiii, cantiknya view disini. Kebanyakan hiasannya adalah dari buluh. Wau sangat.




Nampak tu...? Alang-alang dah sampai sini, Kak Ida nak abadikan gambar Aina bersama kawan dan guru-gurunya. 

Plus parents! (semestinya la kan....). Gigih Kak Ida duduk bersila. 




Kami berjalan kaki ke Legoland dari Mall of Medini. Cuaca agak terik sebenarnya. Mujur anak-anak semua behave



Tadaaa... Aina memang tidak kalah bergaya. 



Kena que dulu untuk memudahkan staf menyemak tiket masuk dan beg sebelum masuk ke Sealife. 

Masuk sahaja di Sealife, nahhh... terbentang hidupan laut yang cukup mempersonakan mata memandang.




Suhu hari ini adalah 107°c.




Siapa pernah pergi Akuaria KLCC, lebih kurang begitulah. Tetapi yang menariknya di Sealife adalah hiasan-hiasannya adalah dari Lego. Gigih Kak Ida snap gambar Aina di port yang menarik. 

Ada beberapa tempat yang WAJIB kita masuk ok.
1. Photo Op
2. Introduction
3. Shoaling Ring
4. Malaysian Rainforest
5. Rockpools
6. Seahorses
7. Stingray Bay
8. Coral Reef
9. Amazing Creations
10. Jellies
11. Behind the Scenes Tour
12. Ocean View
13. Sunken Shipwreck
14. Ocean Tunnel
15 Ocean Cave



Mujurlah Aina rajin melayan kerenah ibu untuk bergambar. Bertabahlah Aina. Hahaha...

Ada satu bahagian disini, kita dibenarkan untuk memegang tapak sulaiman. Dengan syarat, tangan perlu dibersihkan dahulu sebelum memegangnya. Jangan risau, ada ada sinki tersedia disitu.

Mula-mula Aina takut juga untuk pegang, tetapi selepas dipujuk untuk mencuba, akhirnya Aina berjaya memberanikan diri.


Yeay...



Kemudian kami ke tempat kuda laut. Banyak ilmu baru yang dikutip disini. Antaranya kuda jantan yang mengandungkan anaknya selama sebulan. 

Sebab mempunyai kantung. Hallah... romantiknya... 




Kemudian kami ke bahagian interaktif. Aina memilih tapak sulaiman untuk diwarnakan dan akhirnya akan "dilepaskan" ke laut.

 


Yeay, Aina berjaya... 






Sini kami dapat melihat ikan-ikan yang berwarna-warni.




Paling menariknya, ada tunnel di sini yang boleh diambil gambar sebagai kenangan.



Teruskan penjelajahan ke Ocean Tunnel.





Shark... 












Sesi kami diakhiri dengan melawat kedai cenderahati. Siapkan ajelah ongkosnya. 




Jam 11.45 pagi, baru school room ini dibuka untuk anak-anak beraktiviti. 



Aktiviti yang dibuat adalah menari ikut gaya kerang, obor-obor, kuda laut dan lain-lain.

Kemudian, aktiviti beri kuda laut makan. Kumpulan Aina berjaya memperolehi 20 mata. 

Kuda laut di Malaysia boleh bertukar warna ya.



Gigih teacher mommy nak buat sesi "boomerang" anak-anak. Percayalah, bukan mudah. Huhuhu



Boomerang versi kami pula. Hahaha




Kenalkan teacher Faridah yang membantu anak-anak beraktiviti. Dunia ini kecil la sangat. Rupa-rupanya Teacher Faridah pernah join program Mommies United JB.

Program mengutip sampah di pantai. 








Kami menikmati makan tengahari disini. Meal untuk anak-anak disediakan. Untuk guru dan dan parents, kami diberikan baucar. 

Tak sempat nak ambil gambar, lapaaaarrr...





Selepas makan, Aina bantu abang-abang Lego mengemas meja. Good job Aina. 



Aina dan candy.


Kami berkumpul semula di Mall Of Medini. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik disini.





Kami akhiri lawatan kami dengan menikmati kopi Starbucks. Ok, bas pun sudah sampai. Jom kita pulang ke sarang.

Atas kesempatan ini, terima kasih kepada semua cikgu dan ibubapa yang menyertai lawatan kali ini. Terima kaish atas peluang yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...