Plan ini tidak dirancang. Malam tadi MJ's Susi cuma ajak-ajak ayam untuk bersarapan bersama di dalam group Mak's Jemah
Pagi ini, Kak Ida confirmkan sekali lagi dengan MJ's Susi.
Inilah kami, ada kelapangan masa, kami cuba untuk berkumpul. Bertanya khabar masing-masing.
Asalnya, kami mahu berjumpa di McD Skudai, tetapi akhirnya kami ke McD Mutiara Rini. Alang-alang ke sana, Kak Ida singgah ke sekolah Aisyah untuk menghantar kasutnya yang tertinggal. Mmm...
Pilihan menu breakfast Kak Ida. Alhamdulillah.
Topik kami bila MJ's berkumpul mesti berkisar aktiviti terkini kami, anak dan keluarga, kerjaya dan pengurusan rumahtangga. Hahaha
Siapa kata kami berkumpul saja-saja. Nak kena babab?
Well said ok.
Nah, walaupun dapat berkumpul walaupun sekejap, kami tetap bersyukur kerana adanya ukhuwah ini.
Insya Allah, ada kelapangan masa, kita berkumpul lagi.
Ya Allah, jagakan mereka untukku.
No comments:
Post a Comment