Sepanjang minggu ini, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk turut serta mengambil bahagian sempena Hari Kemerdekaan sekolah Aina.
Kami mengambil bahagian dalam mencipta topi kemerdekaan dan mencipta buku skrap tentang tokoh kemerdekaan.
Seperti biasa, idea datang disaat-saat akhir. Puas kami memikirkan konsep, tetapi semua "tidak kena".
Template "topi" yang Kak Ida ambil di internet.
Percubaan kali kedua untuk mencipta topi. Malangnya, masih ada yang tidak kena dimata Kak Ida. Huhuhu
Kak Ida nyaris give up. Mujur Aisyah tidak berputus asa. Buka youtube, dan Aisyah mencuba sekali lagi.
Sekali dia ambil pinggan IKEA. Hahaha
Si dia pula fokus membuat buku skrap. Semua kena ambil bahagian dalam dalam menggunting, menampal dan memotong.
Sambil-sambil itu, si dia cantumkan topi yang kami buat.
Demi projek ketuaaaa kelas, kami gagahkan jua.
Nah, hasil topi kemerdekaan kami. Hanya menggunakan bahan "apa yang ada ditangan". Syukur akhirnya siap dalam pukul 1.56 pagi.
Apa juga hasil yang dapat, Aina bangga membawanya ke sekolah. Seronok lihat Aina bersemangat pagi ini.
Wahhhh semangat satu keluarga tolong.
ReplyDeleteHehehehe...
Delete