Sunday, September 15, 2019

Jalan jalan Johor | Muzium Tokoh Johor

Tahun ini banyak juga muzium yang Kak Ida lawati. Salah satu tempat kegemaran yang kita boleh pergi sekeluarga.

Kali ini Kak Ida ke Muzium Tokoh yang merupakan Bangunan Dato' Jaafar di puncak Bukit Senyum Jalan Yahya Al-Dattar. Dahulunya, tempat ini merupakan bangunan lama bekas kediaman menteri besar Johor.

Sedikit cerita mengenai Muzium Tokoh ini, bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar raya yang menghadap Selat Tebrau dan Singapura. Ia dibina pada tahun 1886 yang merupakan kediaman Dato' Jaafar Muhammad iaitu bapa kepada Presiden UMNO yang pertama ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Lokasi ini dipilih berdasarkan kedudukannya yang tinggi dan boleh melihat keseluruhan bandar Johor Bahru ini. 


Pintu masuk Muzium Tokoh. Masuk adalah PERCUMA. 


Reka bentuk bangunan ini menyamai beberapa tempat di England seperti Istana Menara Empat, Hardwick Hall dan River Castle yang mempunyai empat menara di setiap penjuru selain kubah berbentuk payung dan tangga untuk naik ke ruang atas. 

Memang cantik view "bangunan lama". 


Pada waktu ini, sejarah tokoh terkemuka negeri Johor iaitu Allahyarham Tan Sri Taib Andak dibuka untuk tatapan umum.

Banyak koleksi barangan peribadi milik tokoh tersebut dipamerkan. Antaranya ialah surat penerimaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di England, surat daripada presiden Amerika Syarikat, pasport la,a buku catatan, surat nikah dan surat kewarganegaraan beliau.



Pameran ini akan berlangsung selama enam bulan. Seperti yang diketahui umum, Allahyarham Tan Sri Taib Andak merupakan figura yang merealisasikan dan mewujudkan FELDA. 



Bangunan ini telah diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor.


Alhamdulillah, walaupun masa agak singkat Kak Ida ke sini, Insya-Allah boleh datang di lain masa. dengan pengisian pelbagai maklumat tentang tokoh-tokoh di Johor.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my