Bubur ayam adalah salah satu makanan kegemaran Kak Ida. Salah satu port kegemaran Kak Ida membeli bubur adalah di Taman Universiti.
Bukan warung, bukan restoran. Tetapi kiosk yang menjual bubur ayam. Sebekas bubur panas-panas hanya berharga RM 3.00 sahaja. Setakat ini, alhamdulillah... buburnya tidak pernah mengecewakan Kak Ida.
Kiosk ini terletak berhadapan dengan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid bersebelahan Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti.
Jangan lupa beli sekali ayam untuk diratah. Paling best adalah rangka ayamnya yang digoreng rangup dan dijual setiap satu dengan harga RM 4.50. Waduh, memang sedap bak hang...
Jangan lupa singgah ya.
No comments:
Post a Comment