Salah satu tugasan untuk Kak Ida setiap kali bercuti adalah menyusun itinerary. Penting untuk Kak Ida sebab tidak mahu melepaskan peluang untuk meneroka sesuatu tempat atau tempat makan yang best atau sedap. Betul?
Kak Ida kongsikan tips menyusun itinerary jika pergi dengan keluarga atau kawan-kawan.
1. Bertanya pada ahli kumpulan jika mereka ada tempat menarik atau tempat makan yang mereka ingin pergi. Kalau jawapan "aku ikut aje...", lagi mudah penyusunan itinerary dibuat. Hihihi
2. Tentukan percutian bersama keluarga atau kawan-kawan. Ini kerana, masa bersama keluarga akan ada "drag" sedikit dan ianya lebih santai berbanding bersama kawan-kawan.
3. Tetapkan tema jika ada.
4. Banyakkan membaca sama ada di blog atau di facebook untuk susun itinerary kita. Lebih baik jika kita susun satu-satu tempat itu jika berdekatan antara satu sama lain dengan menggunakan Google Maps untuk mengelakkan kita banyak membuang masa dalam perjalanan.
5. Tetapkan bajet (jika ada). Sebagai contoh, kita mahu meneroka muzium yang memerlukan penambahan bajet untuk yuran masuk.
6. Ada yang mahu tambah? Boleh tambahkan idea di ruangan komen ya.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment