Showing posts with label Perkembangan Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak-anak. Show all posts

Wednesday, August 4, 2021

Khazanah Tersembunyi di Malaysia

Alhamdulillah, hari ini 5 Ogos 2021. Ini bermaksud ada keluaran First Day Cover terbaru.
Ini pertama kali Kak Ida membeli secara "manual". Selalunya menanti SODA sampai di depan pintu.

Tajuk kali ini adalah Khazanah Tersembunyi di Malaysia.

Bila membaca sahabat dalam group sudah mula beratur dari pagi tadi terutama yang berdekatan di Pejabat Pos Dayabumi, hati ini meronta-ronta untuk cuba dapatkan sendiri.


Terus telefon partner in crime untuk temankan Kak Ida ke Pejabat Pos.


Alhamdulillah, dapat lane pantas. Tidak perlu menunggu lama. Kami diarahkan untuk pergi ke kaunter 12 untuk membeli setem.


Kita perlu membeli secara runcit sebegini. First day cover, miniature sheet dan setem. Nyatakan berapa jumlah yang kita mahu.


Kemudian, setem di tampalkan First Day Cover. Ada ruangan disediakan disitu. Nah, kita perlu cop sendiri ok. 


Tadaaa.. inilah hasil memburu.

Puas hati sangat bila kita boleh dapatkan sendiri. 

Monday, August 2, 2021

DIY Cardstock Diorama Pos Malaysia

Semenjak terjebak semula dengan setem, Kak Ida terus berusaha menambah koleksi yang ada berkaitan pos.

Terbaru DIY Cardstock diorama Pos Malaysia.

Terus ianya menarik perhatian Kak Ida.

Apa itu Diorama?

Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa bersejarah atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.

Sejarah Diorama
Perkataan "diorama" berasal dari Perancis pada tahun 1823. Perkataan diorama bermaksud "melalui pandangan". Diorama pertama dicipta oleh Daguerre dan Charles Marie Bouton. Ia pertama kali dipamerkan di London pada 29 September 1823. Grigore Antipa adalah orang pertama yang memodenkan diorama dengan menekankan aspek tiga dimensi. Pada tahun 1907, muzium di Romania adalah yang pertama yang menggunakan diorama dalam suasana muzium.

Diorama Moden
Diorama moden biasanya lebih kecil, dan ia menggunakan model skala dan landskap untuk mewujudkan adegan sejarah atau fiksyen. Orang yang pertama memperkenalkan diorama ini ialah Sheperd Paine. Sheperd Paine adalah seorang pembina model dan juga master diorama yang mula memperkenalkan diorama moden pada tahun 1970 kepada penggemar diorama. Biasanya skala yang akan digunakan adalah skala 1/35 dan skala 1/48.

Ok, baiklah, berbalik pada diorama yang Kak Ida beli ni...


Diorama Pos Malaysia yang Kak Ida beli ini bersaiz 1/64. "Level difficult" hanya satu bintang daripada lima.


Didatangkan tiga keping cardboard. Ia merupakan "Do It Yourself". Syukur, si dia berjaya menghasilkan Diorama Pos Malaysia seperti yang digambarkan.
 


Alhamdulillah, cantik sangat. Insya Allah, DIY Cardstock ini Kak Ida akan hadiahkan pada mereka yang menghadiahkan "stamp packs" pada Aisyah sebagai tanda kenang-kenangan.


Friday, July 16, 2021

Lawatan maya

Nah, Kak Ida compilekan lawatan sehari esok. 

Mula-mula kita ke Taiping, kemudian ke Pulau Pinang dan seterusnya ikutlah pilihan anak.

Penuhkan jadual dan aktiviti anak-anak sepanjang cuti persekolahan dan juga PKP. 

#KitaJagaKita





Sunday, June 2, 2019

Spell For Kids Summit

Speech, Language & Communication for Kids Summit 2019


Seminar anjuran bersama Raudatul Iman Education Sdn. Bhd. (RIE) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini memberi fokus utama terhadap aspek pertuturan, bahasa dan juga komunikasi kanak-kanak. 


Program ini merupakan satu inisiatif dalam memperkenalkan bidang terapi pertuturan ( speech therapy) dan juga pendidikan khususnya pendidikan awal kanak-kanak kepada komuniti dan masyarakat setempat. 

Ianya turut mengumpulkan barisan profesional seperti ahli patologis pertuturan bahasa, pensyarah dan psikologis dari seluruh Malaysia dengan kaedah penyampaian yang mudah difahami serta demonstrasi yang boleh dipraktikkan oleh setiap peserta.

Selain perkongsian oleh terapis profesional, peserta juga akan dibantu oleh fasilitator di kalangan terapis pertuturan untuk lebih mudah memahami konten yang disampaikan. 

Matlamat kami adalah supaya dengan adanya penganjuran program ini ibu bapa, guru-guru dan pihak awam dapat menangani beberapa permasalahan seperti berikut : 
  • Sukar untuk bertemu dengan terapis pertuturan 
  • Tempoh masa menunggu yang lama 
  • Tidak tahu apa yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu anak 
  • Tidak mempunyai panduan aktiviti sementara menunggu temujanji bersama terapis 
  • Anak tidak menunjukkan progres 
  • Tiada motivasi untuk membantu anak
  • ... dan banyak lagi 
Antara topik yang akan dikupas pada hari pertama adalah :
  • Pengesanan dan intervensi awal.
  • Rangsangan oral-motor dan stimulasi pertuturan.
  • Solusi alternatif bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi yang kompleks.
  • Strategi DIY di rumah.
  • Autism dan interaksi ibu-anak.
Manakala pada hari kedua akan dijalankan sesi selari yang sesuai untuk warga pendidik dan juga ibu bapa di mana peserta boleh memilih untuk mengikuti topik yang diingini seperti :

  • Intervensi guru di bilik darjah.
  • Disleksia - hubungan di antara pertuturan, bahasa dan juga komunikasi.
  • Membina suasana meransang bahasa dan inklusif di sekolah.
  • Persediaan ke sekolah - kemahiran sosial
  • Belajar melalui bermain dan kelebihan untuk perkembangan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak dan ICT.
  • ICT untuk pendidikan abad ke-21.
  • Kepentingan pemakanan nutrisi untuk kanak-kanak.
SIAPA YANG SESUAI UNTUK HADIR?
  • Ibu bapa
  • Guru dan tenaga pengajar (taska, tadika, sekolah, universiti, kolej, pusat tuisyen dan pendidikan khas)
  • Professional dalam bidang perubatan dan kesihatan
  • Terapis (OT, PT dan ST)
  • Psikologis
  • Pusat intervensi awal
  • Pelajar
  • Sesiapa yang ingin menambah ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak.
PERINCIAN PROGRAM 

Tarikh : 07 & 08 Disember 2019
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Dewan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

"Early Bird"
+ RM 280 / pax (2 Hari)
+ RM 540 / 2 pax (2 Hari)
# Pendaftaran bagi early bird dibuka sehingga 30 Ogos 2019 

Yuran penyertaan : 
 1 hari program - RM 180 / pax
 2 hari program - RM 300 / pax

Yuran adalah termasuk :
1) Sarapan
2) Sijil penyertaan (Hanya untuk peserta yang mengikuti program 2 hari sahaja)
3) Beg cenderahati (Buku program)

Kidzone (ada disediakan) 
RM 10 / pax (kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun sahaja)

 Ibubapa yang mempunyai bayi berumur 1 tahun dan ke bawah boleh menghantar anak-anak di 
Taska Iman, Skudai

PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE BANKING)
================================================

MAYBANK BERHAD
Pemegang Akaun : Raudatul Iman Education Sdn Bhd
No Akaun : 5510 1670 7328

DAFTAR SEKARANG 
==================

Pendaftaran dibuka sehingga 15 November 2019
# Penyertaan terhad untuk 500 orang peserta sahaja

PERTANYAAN LANJUT
===================

Customer Careline : 017 - 6232165 (Cik Nurul Aida Nazieli)

Wednesday, April 10, 2019

PSG GIAT | Behaviour Motivator and Reward System

Perkongsian dari Pertubuhan GIAT

Salam GIAT

Sempena Sambutan Bulan  Kesedaran Autisme, Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group (PSG) seperti berikut:

Behaviour Motivator and Reward System


Penceramah: Dr. Suri S. Charles
Educational & Developmental Specialist and Child/Clinical Psychologist.
Tarikh : 13.04.2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar 1 & 2, Bangunan Ixora, Hospital Permai. Johor Bahru. Johor Darul Takzim
Bayaran : RM10.00
Bank Islam : 0104-10100-39570
(PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)


Terhad untuk 40 orang peserta sahaja.

Sila ambil maklum bahawa, pengesahan pendaftaran hanya akan diberikan kepada peserta yang telah membuat pembayaran sahaja.

Pertanyaan, boleh hubungi/whatsapp:
GIAT  012 635 7780

Sunday, May 13, 2018

Terapi Haiwan

Kak Ida berkesempatan untuk berkongsi kebaikan terapi haiwan terutama bagi anak yang istimewa.

Terapi haiwan atau pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) dipercayai dapat membantu anak-anak special needs ini menguruskan emosi lebih baik. Ini kerana terapi haiwan ini mampu meningkatkan keyakinan diri, keseimbangan badan, membantu kanak-kanak lebih fokus untuk mengurangkan kekejangan otot dan lain-lain lagi.

Dirumah, Kak Ida ada membela haiwan peliharaan seperti sugar glider dan juga arnab serta ikan.




Banyak perkara perlu dititikberatkan. Antaranya peralatan yang sesuai, kesediaan haiwan tersebut, dan lain-lain lagi.

Wednesday, March 21, 2018

Tiga ciri kanak-kanak ADHD

Tiga ciri utama kanak-kanak yang mempunyai ADHD.


Hiperaktif

Kanak-kanak ADHD TIDAK semestinya hiperaktif. Mereka yang tidak hiperaktif ialah kanak-kanak ADHD jenis Inattentif. Manakala bagi kanak-kanak ADHD yang hiperaktif, mereka ini sangat cergas seolah-olah mereka mempunyai tenaga dua kali ganda dari yang lain. 

Mereka sering berjalan, berlari-lari, memanjat dan tidak boleh duduk diam. Walaupun terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan kelihatan resah sambil menggerakkan tangan dan menggoyangkan kaki. 

Ciri hiperaktif kanak-kanak ADHD perempuan tidak semestinya sama seperti kanak-kanak ADHD lelaki. Hiperaktif bagi kanak-kanak ADHD perempuan adalah lebih kepada percakapan. Mereka suka bercakap secara berlebihan atau sukar untuk berhenti bercakap. Mereka pandai bercerita dan pandai meniru gaya atau fesyen atau watak tertentu.

Tumpuan yang singkat 
Ini merupakan ciri utama kanak-kanak ADHD. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama semasa guru sedang mengajar dan juga semasa sesiapa sahaja sedang bercakap dengan mereka. 

Bagi kanak-kanak ADD atau ADHD jenis inattentif, mereka sering kelihatan tidak fokus, mudah hilang tumpuan dan selalu nampa mereka mengelamun atau berangan. Sama ada hiperaktif ataupun tidak, tumpuan yang dapat diberi oleh kanak-kanak ADHD biasanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. 

Oleh sebab itu, mereka menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan dan menyiapkan sesuatu aktiviti atau tugasan mengikut arahan, peraturan dan tempoh masa yang telah ditetapkan. Mereka akan banyak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kerja sekolah. Mereka juga mudah lupa walaupun ia tidak munasabah berdasarkan IQ atau usia mereka. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah.

Kurang sabar 
Ciri ini amat ketara bagi kanak-kanak ADHD jenis hiperaktif-impulsif dan jenis gabungan. Mereka sering kurang sabar dalam kehidupan seharian. 

Mereka tidak suka menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mereka juga cepat kecewa dan mudah beremosi atau tantrum. Sikap kurang sabar mereka berkait dengan masalah impulsiviti, iaitu kesukaran untuk berhenti berfikir sebelum bertindak. 

Tanda-tanda impulsiviti mereka termasuklah sukar mematuhi peraturan secara konsisten, melakukan perbuatan atau perkara yang tidak munasabah dan mengganggu serta mengusik kanak-kanak lain secara agresif atau secara tiba-tiba. 

Mereka selalunya pantas memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan dan cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika tidak memahami masalah mereka, kanak-kanak ini akan dianggap nakal dan biadap. Selain itu, masalah impulsiviti menyebabkan mereka mudah mendapat kemalangan dan kecederaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Monday, March 19, 2018

Terapi pasir

Terapi pasir adalah satu bentuk pengalaman (experiental) kepada anak-anak (malah orang dewasa juga) dengan menggunakan pasir.

Terapi pasir ini memberi peluang kepada individu untuk "meluahkan" perasaan atau emosi.

Banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan terapi pasir sama ada dalam bentuk permainan atau bukan permainan.

Kali ini Kak Ida memilih kawasan pantai untuk bermain dengan pasir.


Tidak semestinya di kawasan pantai anak-anak boleh bermain pasir ya tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan bekas atau dulang yang diisi dengan pasir.

Ia juga boleh dilakukan dikawasan yang dibina secara khusus untuk anak-anak bermain pasir.

Bagi anak-anak yang bekeperluan khas, aktiviti menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi memperbaiki pelbagai masalah-masalah yang dihadapi terutama aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan yang lain.


Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Doktor Mark Pearson, "Kegemaran kanak-kanak bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yang terbukur dalam hati tanpa paksaan."

Menarik kan.

Ini bermakna, penggunaan terapi menggunakan pasir membuatkan kanak-kanak lebih tenang dan mereka akan berfikir melakukan sesuatu mengikut daya kreativiti mereka. 

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan perasaan marah atau tidak puas hati yang ada dalam diri mereka.


Monday, March 12, 2018

Seminar Ibubapa | Literasi Awal Kanak-kanak 0-4 tahun

Jika berkelapangan, ibubapa dijemput menghadiri program seperti di bawah.


Topik 1: Ransangan awal kanak-kanak - Apa ibu bapa perlu buat?

Keupayaan otak kanak-kanak sangat mengagumkan. Mengikut kajian, ketika dilahirkan, saiz otak hanya 25 peratus berbanding orang dewasa dan meningkat kepada 50 peratus semasa 18 bulan dan 90 peratus apabila meningkat enam tahun.

Jadi dalam usia yang muda ini, otak berada dalam fasa 'penyerapan' yang perlu dirangsang kerana keupayaan kanak-kanak menerima ilmu sangat tinggi.

Hasil kajian sains juga mendapati kanak-kanak yang diberi rangsangan sejak bayi mempunyai perkembangan mental lebih baik.

Semua anak-anak dilahirkan dalam keadaan cerdik dan genius, namun perkembangan kecerdikan itu bergantung pada didikan dan rangsangan ibu bapa di rumah.

Literasi kanak-kanak bermula di rumah sejak lahir lagi.

Ramai ibu bapa menyangka kalau nak ajar anak membaca perlu tunggu 4-6 tahun baru mula segalanya.

Maksud mula disini, bukanlah dari kecik lagi kita ajar membaca secara formal. Tidak!

Anak-anak perlu DIRANGSANG BAHASANYA dulu sejak dari kecil.

Persoalannya, ramai ibu bapa tiada ilmu ini.
  • Bagaimana nak rangsang bahasa anak mengikut umur mereka?
  • Apa itu piramid bahasa dan pertuturan?
  • Apa itu piramid kemahiran membaca?
  • Apa ibu bapa perlu buat sebelum menghantar anak-anak ke tadika?
  • Bagaimana otak kanak-kanak membaca?
Topik 2: DIY Activity For Kids

Dunia kanak-kanak adalah bermain. Selain dari membeli pelbagai jenis permainan untuk anak-anak, sesekali ibu ayah boleh membuat sendiri (DIY) pelbagai jenis aktiviti untuk anak-anak di rumah. Dengan bermain dan beraktiviti bersama anak, ianya dapat membantu perkembangan mereka.

Melalui program ini, ketahui apakah 5 item wajib ada di rumah dengan harga mampu milik yang boleh digunakan untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak.

Dibenarkan untuk membawa anak-anak kerana sesi hands-on bersama anak-anak akan dijalankan di akhir program.

Semua topik ini akan dikupas dalam siri "Seminar Ibubapa | Literasi Awal Kanak-kanak 0-4 tahun"

Anjuran:  Mofazz Readers Phonicsmart Centre, Taman Pulai Indah
Tarikh: 31 Mac 2018 (Sabtu)
Jam : 9 am- 12 pm
Telefon: 0 18-5958184 (www.wasap.my/60185958184/seminarliterasi)
Tempat: Taman Pulai Indah
Yuran komitmen: RM 20 / seorang
                             RM 30 / berpasangan suami isteri
                             RM 45 / 3 orang ( berkumpulan)

Sunday, March 11, 2018

Aktiviti Special Needs Group | Lompat Trampoline

Kali ini Kak Ida berkongsi aktiviti special needs group iaitu lompat trampoline.

Dirumah memang si dia sudah belikan satu trampoline untuk memudahkan aktiviti ini dijalankan.


Matlamat aktiviti ini adalah untuk:-
  • Improve gross motor skill
  • Encourage anak untuk bengkokkan kaki
  • Untuk merangsang proprioceptive.
  • Meningkatkan keseimbangan badan
  • Meningkatkan fokus dan daya tumpuan
Nota kaki:
Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi perkembangan anak-anak normal dan istimewa, cara pengurusan, diy aktiviti dan lain-lain boleh klik link https://t.me/joinchat/EBG02EOyu5mEM-3fngJbVw

Wednesday, February 28, 2018

Aktiviti Special Needs Group | Matching Huruf

Alhamdulillah, aktiviti dalam Special Need Group kali ini adalah suaipadan bentuk dan huruf.

Pada peringkat awal, boleh mulakan dengan bentuk (shape) yang ringkas.

Peralatan yang diperlukan adalah:-
  1. Kadbod atau papan
  2. Botol mineral saiz 500 ml sebanyak 25 biji. (25 huruf)
  3. Gam dan pisau.
Cara membuatnya:-
  1. Kerat kepala botol mineral.
  2. Tulis huruf di atas kadbod. Kemudian gamkan botol mineral pada kad atau papan. Kak Ida gunakan meja terpakai kerana kaki meja yang sudah patah. 
  3. Tulis huruf di botol mineral.
Taddaa... matching huruf telah siap. Kak Ida galakkan aktiviti ini dibuat dalam tempoh 10-20 minit bergantung pada keupayaan anak.

Matlamat aktiviti ini adalah untuk mengasah kemahiran motor halus, menggalakkan fokus untuk anak dan juga memasukkan bentuk atau huruf diruang yang betul.




Ok, jom kita main anak-anak...

Nota kaki:
Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi perkembangan anak-anak normal dan istimewa, cara pengurusan, diy aktiviti dan lain-lain boleh klik link https://t.me/joinchat/EBG02EOyu5mEM-3fngJbVw

Tuesday, July 11, 2017

Bengkel Latihan Komunikasi

Sempena Iskandar Learning Festival 2017 , Pertubuhan Ibubapa Anak-Anak Istimewa Johor Bahru ( GIAT) berpeluang untuk menganjurkan program bersama iaitu BENGKEL LATIHAN KOMUNIKASI UNTUK IBUBAPA ANAK KEPERLUAN KHAS .

Maklumat bengkel seperti di poster dan pengesahan pendaftaran selepas pembayaran diterima.


Thursday, May 25, 2017

Tips tangani anak berkeperluan khas

Dalam seminar bagaimana menangani anak berkeperluan khas bersama Kak Jit, beliau ada berkongsi tips.

Dengan menggunakan RINKJE

Apa itu RINKJE?

RUTIN HARIAN
Sediakan rutin harian dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap anak. Amat penting bagi anak istimewa ini untuk mempunyai rutin harian yang khusus supaya mereka lebih fokus dan berdisiplin. Pastikan rutin harian disediakan dengan perancangan yang baik, dipatuhi sepenuhnya dan mudah untuk dijangka.

ISTIMEWA SEMUANYA
Anggap semua kanak-kanak mempunyai keperluan khas. Intervensi yang dibuat bersama anak berkeperluan khas, akan turut memberi manfaat yang besar kepada kanak-kanak yang normal.

NAWAITU
Sebagai seorang guru atau ibubapa, pastikan kita betulkan niat (nawaitu) kita setiap kali mengajar. Niat yang betul dan ikhlas adalah gambaran doa dan harapan sebagai seorang guru.

KINESTETIK DAN VISUAL PERLU DILEBIHKAN
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas lebih mudah belajar jika menerima 40% ransangan kinestetik, 40% ransangan visual dan 20% ransangan auditori.


JUNK FOOD? 
Makanan segera dan makanan yang diproses mempunyai bahan pengawet yang akan menyebabkan ketidakseimbangan kimia kepada anak berkeperluan khas. Pengambilan makanan sebegini akan menyebabkan mereka lebih agresif dan sukar dikawal.

EMOSI HARUS DIJAGA
Menangani anak berkeperluan khas ini bukanlah perkara yang mudah dan prosesnya kadangkala amat menjerihkan dan akan memberi tekanan kepada guru dan ibubapa. Oleh itu, guru dan ibubapa harus mampu menjaga dan mengawal emosi masing-masing. Disamping itu, emosi anak juga harus dijaga kerana jika mereka berasa positif, seronok dan selamat, mereka akan lebih mudah menerima pengajaran guru.

Sunday, March 19, 2017

Jenis-jenis ADHD

Terdapat tiga jenis ADHD yang berkait rapat dengan watak Winnie The Pooh (Disney)


Kurang Tumpuan (Inattentive)

  • Kurang fokus
  • Mudah lupa
  • Lambat bertindakbalas
  • Suka berkhayal
  • Tidak kemas
Winnie the Pooh ada minat yang sangat tinggi kepada madu (honey) dan dia akan mempunyai pelbagai idea dan cara untuk mendapatkan madu walaupun kadang-kala tindakannya membahayakan dirinya. Pooh juga agak cuai dan cemerkap.

Hiperaktif
  • Hiperaktif
  • Mudah resah dan gelisah
  • Impulsif
  • Kurang daya tumpuan
  • Sentiasa bertenaga
Tigger sentiasa kelihatan melompat dan meloncat dengan menggunakan ekornya. Tigger adalah karakter yang sentiasa suka bermain dan berseronok. Kadang kala Tigger dilihat sebagai kurang bertanggungjawab dan sangat terburu-buru.


Impulsif
  • Tidak sabar
  • Mudah gelisah
  • Terlebih fokus
  • Suka menyampuk
  • Bertindak tanpa berfikir kesannya
  • Kerap memberontak
Rabbit tidak pernah berehat dan sentiasa mahukan setiap benda dilakukan dengan sangat teratur. Rabbit juga cerewet dan suka memerintah.

Friday, March 17, 2017

Masalah pembelajaran

Empat masalah pembelajaran


Dyslexia
  • Masalah membaca
  • Penglihatan cermin/spiral/berterabur
Dyscalculia
  • Masalah mengira
  • Kesukaran memahami konsep nombor atau simbol matematik.
  • Kesukaran memahami jadual, operasi wang, waktu dan lain-lain.
Sebagai contoh,

1 + 1 = 2

Mereka yang mengalami isu ini akan melihat angka seperti ini.

1 + 1 = 11

Atau,

2439 + 185 + 798 = 3422

Tetapi mereka melihat nombor secara berterabur.

2493 + 851 + 789 = 4133

Dysgraphia
  • Masalah menulis
  • Tulisan yang sukar atau tidak boleh dibaca.
  • Menyebut perkataan dengan kuat bila menulis.
  • Masalah melukis bentuk.
Boleh dikesan apabila mereka tidak mampu menulis dengan baik di buku garis tiga.

Dispraxia
Masalah pembelajaran yang paling teruk.
  • Masalah kemahiran motor.
  • Kesukaran melibatkan pelbagai aspek sensori seperti fizikal, percakapan, memori dan fokus.
  • Pelat atau gagap.
  • Mudah tertekan dan berasa kecewa.

Ciri-ciri Austism

"Always Unique Totally Interesting Sometimes Mysterious"


Austism

Anak-anak yang mempunyai ciri-ciri Austism boleh dipecahkan kepada tiga iaitu:-

Masalah Interaksi
  • Tidak mampu membuat hubungan dengan rakan sebaya.
  • Sukar menunjukkan emosi.
  • Sukar membuat "eye contact"
  • Tidak memahami nada suara atau intonasi yang berbeza.
  • Gemar bersendirian.
Pergerakan Berulang
  • Terlalu gemar mengikut rutin tertentu.
  • Sangat obses atau terlalu minat pada sesuatu.
  • Suka berpusing/mengibaskan jari/suka melihat objek yang berpusing/air menitik/bola melantun atau sebagainya.
  • Menyusun objek dalam aturan tertentu.
Masalah Komunikasi
  • Lewat bertutur/tidak mahu bercakap.
  • Komunikasi satu hala.
  • Kadangkala sekadar mengulang perkataan/nyanyian yang didengar tanpa memahami.
  • Kesukaran memberitahu apa yang dimahukan.
  • Hanya mendekati orang dewasa jika mahukan sesuatu dan kadangkala hanya menunjuk ke arah benda yang dikehendaki.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my