Terapi pasir ini memberi peluang kepada individu untuk "meluahkan" perasaan atau emosi.
Banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan terapi pasir sama ada dalam bentuk permainan atau bukan permainan.
Kali ini Kak Ida memilih kawasan pantai untuk bermain dengan pasir.
Tidak semestinya di kawasan pantai anak-anak boleh bermain pasir ya tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan bekas atau dulang yang diisi dengan pasir.
Ia juga boleh dilakukan dikawasan yang dibina secara khusus untuk anak-anak bermain pasir.
Bagi anak-anak yang bekeperluan khas, aktiviti menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi memperbaiki pelbagai masalah-masalah yang dihadapi terutama aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan yang lain.
Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Doktor Mark Pearson, "Kegemaran kanak-kanak bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yang terbukur dalam hati tanpa paksaan."
Menarik kan.
Ini bermakna, penggunaan terapi menggunakan pasir membuatkan kanak-kanak lebih tenang dan mereka akan berfikir melakukan sesuatu mengikut daya kreativiti mereka.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan perasaan marah atau tidak puas hati yang ada dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment