Setelah program RDA, Kak Ida bergegas untuk merestok barang dagangan dan juga perlu COD Qaseh Gold Junior dan tamar cocoa ke beberapa tempat.
Bercuti tetapi bisnes tetap berjalan seperti biasa. Syukur, rezeki anak-anak sentiasa ada.
Petang Kak Ida menyantuni pula Composting Recycling Workshop untuk Ammar yang diadakan di My Library, Taman Sutera Mall.
Allahu, sebenarnya Kak Ida tersilap tengok masa. Berkejar Kak Ida dan si dia ke sana. Huhuhu.
Sampai disana, Ammar terus duduk dan buat aktiviti yang telah disusun.
Aktiviti pertama, mengasingkan perkara yang boleh dibuat baja kompos. Antaranya daun kering, sisa-sisa makanan, kulit buah-buahan, dan lain-lain.
Kemudian, Ammar perlu warnakan dan menampal pada kertas yang disediakan.
Ammar membantu menggunting daun kering untuk dimuatkan ke dalam botol.
Ammar melihat proses membuat baja kompos dilakukan.
Setelah baja dicampurkan dengan barang-barang yang boleh dikomposkan, botol tersebut perlu roll it setiap hari.
Aktiviti kedua adalah cara membuat baja kompos. Memang teruja betul Kak Ida dibuatnya. Baja kompos ini digunakan sebagai baja organik untuk menanam pokok.
Aktiviti ketiga adalah membuat worm house (rumah cacing).
Ammar teruja untuk menghias worm house.
No comments:
Post a Comment