Friday, March 9, 2018

Kebaikan berenang di kalangan kanak-kanak

Assalammualaikum,

Hai semua. Kali ini Kak Ida mahu kongsikan aktiviti rutin hampir setiap minggu bagi menghabiskan masa bersama keluarga. 

Melepak di Residence Club.

Residence Club ini dilengkapi dengan BBQ, gimnasium dan juga kolam renang. Disini juga disediakan tempat rehat untuk membaca atau berehat sambil menonton televisyen.


Tetapi, paling menarik perhatian anak-anak mestilah berenang. Hehehe...

Kajian juga ada menunjukkan terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada aktiviti berenang dan Kak Ida akui, sangat-sangat membantu terutama dari segi peningkatan perkembangan mental, fizikal, emosional dan sosial.

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat sahih Bukhari/Muslim).





Mujur anak-anak tidak takutkan air. Berenang dapat meningkatkan:-
  • Kemahiran motor kasar dan halus.
  • Refleksi (masa dan tindakbalas).
  • Kuasa tumpuan (fokus).
  • Kepintaran dan kecerdasan.
  • Sosial.
  • Interaksi sosial.
  • Keyakinan diri.
  • Kebebasan.
  • Mampu menangani situasi diluar jangkaan.
Kanak-kanak yang suka berenang juga akan meningkatkan self-esteem dan independence yang berkait antara satu sama lain. Kajian juga ada menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang semenjak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan mempunyai ikatan yang kuat dengan ibubapa mereka.

Insya-Allah.

Jumpa lagi di entry akan datang. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my