Friday, March 16, 2018

JJCM | D Mampir Nasi Lemak

Pagi ini Kak Ida menikmati Nasi Lemak Panas D'Mampir. Itupun hasil risikan dari blog dari semalam. Hahahah.

Memang sudah menjadi kegemaran Kak Ida untuk mencari tempat makan yang sedap jika Kak Ida singgah ke sesuatu tempat.

Selesai check-out, Kak Ida terus membuka google maps untuk mengetahui kedudukan lokasi warung ini.

Tidak jauh rupa-rupanya. 750 meter sahaja dari tempat hotel Kak Ida menginap. Lebih kurang 6 minit perjalanan dengan berkereta. Kalau berjalan kaki, lebih kurang 19 minit perjalanan. Hihihi.

Warung ini terletak betul-betul bersebelahan dengan pejabat pos Tangkak sahaja. Waze sahaja dah sangat-sangat mudah untuk dicari.


Rupa-rupanya warung ini sudah dibuka semenjak tahun 1990 lagi.

Sebenarnya, ada beberapa pilihan menu iaitu mihun goreng (kalau tak silap Kak Ida). Tetapi, special menu warung adalah nasi lemak.

Ada nasi lemak "kosong" dan juga nasi lemak bersambal. Nasi lemak pula dibungkus dengan daun pisang. Kau rasa selera tak terangkat? Hahahaha.

Kalau tak tahan pedas (macam Kak Ida, ambillah nasi lemak yang kosong. Sambal boleh letak seberapa banyak yang kita mahukan). Bagus juga, sekurang-kurangnya tidak membazir.

Ada dua jenis sambal iaitu sambal kosong dan sambal ikan bilis.

Paling best, boleh tambah atau letak sebanyak mana yang kita suka.

Kalau singgah disini, jangan lupa untuk mengambil lauk sotong dan telur puyuh atau telur mata. Pilihan Kak Ida semestinya sambal sotong dan sambal telur puyuh. Memang terangkat.





Sebelum makan, selfie sekeping dulu. Hahaha... 


Ini buktinya, LICIN kata bak hang. Psssttt, Kak Ida menambah lima cucuk sambal sotong untuk diratah.


Nasi lemaknya berharga RM 1.00/bungkus. Berpatutan kan harganya.

Cukup kenyang untuk mengalas perut pada waktu pagi. Ok, bersarapan pun sudah, hati pun banyak senang. Jom kita gerak ke Dataran Ledang Tangkak untuk Program Ukur bersama Rakyat. Nantikan entry Kak Ida ok. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my