Thursday, March 15, 2018

JJCM | Cendol Mak Siti

Selesai raptai selesai, bos Kak Ida berbesar hati membawa team Johor untuk minum petang disini.

Cendol Mak Siti.

Kalau mahu review, sejujurnya, tiada apa yang boleh ditulis. 

Untuk tidak menghampakan, Kak Ida mencoret juga sebagai kenangan. Disini ada beberapa menu untuk minum petang seperti mee goreng, mee bandung, rojak, cendol dan coconut shake




Cendol durian berharga RM 8, RM 10, RM 12 dan RM 15. Pilih bajet yang sesuai dengan poket kita.


Cendol jagung


Sebenarnya, menu Kak Ida adalah rojak kueh.

Tetapi Kak Ida tidak dapat makan sebab Rojak Kueh Kak Ida tersilap beri pada pelanggan lain.

Namun, Kak Ida sempat menjamah sesudu dua mee bandung. Boleh tahan rasanya. Cuma, kehadiran lalat yang terlalu banyak (mungkin bau udang dari mee bandung tersebut) sangat menganggu Kak Ida untuk menikmati makanan tersebut. Kak Ida bagi tiga setengah bintang.

Kak Ida pula sudah malas untuk menunggu lebih lama (badan terlalu letih).

Kesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan terima kasih daun keladi pada bos Kak Ida yang sudi membelanja minum petang kami.

Jangan serik belanja lagi. Hahaha.

Ok, Kak Ida nak berehat dulu, see you tomorrow.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my