Hari ini Kak Ida berkesempatan menyantuni program homeschool ke Tanjung Punggai.
Terima kasih Atie kerana sudi menjadi organizer kali ini. Hihihi (memang selalunya Atie).
Alhamdulillah, si dia pun menyokong penuh aktiviti kali ini walaupun jauh disudut hati agak risau dengan penerimaan Ammar. Maklumlah, pertama kali anak-anak bermain di kawasan pantai dan berpasir.
Kak Ida sekeluarga bertolak agak lewat. Maklumlah, anak ramai kan. Huhuhu...
Lori pun boleh tahan juga banyaknya di highway. Ngeri bab potong-memotong.
Setelah berbincang dengan si dia, kami membuat keputusan untuk membawa bekal nasi putih dan ayam masak kicap. Kak Ida juga menyiapkan rencah untuk memasak nasi goreng (back up plan) dan keropok. Tinggal si dia menumis sahaja.
Sampai di Tanjung Punggai lebih kurang jam 9.45 pagi. Bayaran parking yang dikenakan RM 5.00 (untuk caj satu hari). Caj ini tidak termasuk kalau pengunjung mahu menyewa tapak perkhemahan, tempat BBQ, pondok rehat atau menggunakan fasiliti yang disediakan di sini. Kak Ida sertakan kadar bayaran yang dikenakan dalam sehari. Murah dan sangat-sangat berpatutan.
Syukur, mudah juga Pantai Arked Punggai ini dicari.
Sampai sahaja, Kak Ida lihat keluarga yang lain sedang sibuk membakar BBQ.
Budak-budak pula bila nampak desiran ombak yang bagai menarik-narik untuk diterjun membuatkan anak-anak sudah merengek untuk mandi. Terpaksa siapkan mereka dulu dengan memakai baju mandi dan tidak lupa sapukan SPF untuk mengelakkan sunburn.
View disitu sangat-sangat cantik. Subhanallah.
Manakala si dia pula terus menyiapkan khemah dan Kak Ida pula mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Mata memang tidak lepas melihat gelagat anak-anak. Risau juga memandangkan ini kali pertama anak-anak bermain pantai.
Ya Allah, seronok betul mereka bermain. Bahagia betul dihati Kak Ida dan si dia.
Setelah keadaan agak bertenang, beach hunt dimulakan. Atie memberikan kami box sand dan didalamnya juga ada gunting dan selotep. Seronok pula kami sekeluarga bermain beach hunt ini.
Aktiviti ini memerlukan kami menjawab beberapa soalan yang tertera pada kertas.
Gigih anak beranak membuat sand castle. Kak Ida pula sibuk menampal jawapan di kertas.
Aisyah menyiapkan sand castle dan juga sea animal berbentuk turtle.
Atie sedang menyemak jawapan yang diberikan oleh Aisyah. Alhamdullillah, Aisyah dapat hadiah berupa jigsaw puzzle kerana menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul. Hihihi
Selepas selesai aktiviti beach hunt, acara mandi dan bermain pasir diteruskan. Naik sekejap ke "darat" hanya untuk anak-anak menikmati makan tengahari. Laju masing-masing menyuap nasi masuk ke mulut. Berselera sungguh. Sambil menikmati angin pantai sepoi-sepoi bahasa meniup kami.
Walaupun cuaca agak panas, tetapi tidak terik. Mungkin kerana tempat kami di bawah pokok. Redup sahaja.
Sempat juga Kak Ida berbual dengan Atie tentang program homeschool akan datang. Wah, memang teruja sungguh aktiviti bulan April nanti. Tunggu kemaskini blog Kak Ida nanti ya.
Acara penutup sebelum bersurai semestinya bergambar beramai-ramai.
Terima kasih kepada organizer, ibu-ibu yang membawa pot luck. Kak Ida mohon halalkan makan minum yang dibawa untuk dinikmati bersama-sama ya. Jangan serik pastinya. Hihihi
Alhamdulillah, jam 3.30 petang, Kak Ida sekeluarga selamat tiba dirumah manis.
No comments:
Post a Comment