Wednesday, March 31, 2021

Minggu Sains Negara Space Run

Virtual Run Percuma! Dapat FREE gift lagi. Daftar sekrang, tempat terhad. Siapa cepat dia dapat.

Kini Pendaftaran dibuka bagi "Minggu Sains Negara Space Run”! (Virtual Run) Larian ini dibuat sempena Minggu Sains Negara. Virtual Run ini ialah acara daripada Malaysian Space Agency (MYSA).



Info Larian
Tempoh Daftar: sehingga 7hb April 2021.

Jarak dan Tempoh Larian :
10km = 30 Hari (no extention allowed)
Kiraan tempoh bermula pada tarikh daftar, atau pada hari rasmi event bermula (mana-mana yang selepas). Contoh daftar 31 Mac 2021. Event bermula pada 1 April 2021. Jadi kiraan tempoh bermula pada 1 April 2021.

Lokasi Larian : Bebas (di mana-mana. Record larian anda, dan upload result ke website kami. Treadmill pon kami terima)

Apa itu Virtual Run? Virtual Run = Larian Maya. Register online, lari di mana-mana dan record larian dengan running app macam Strava, Runtastic, Nike Run etc, upload larian (screenshot) tersebut ke website kami, dan kami akan hantar medal ke alamat anda

Kenapa join event dengan Spreen?
Trusted organizer
 Banyak freegifts
 Harga memang berpatutan
Medal cantik melecun!

Yuran?
PERCUMA (TERHAD). Untuk medal sahaja.

Wednesday, March 24, 2021

Happy Birthday Ammar

Alhamdulillah, seribu kesyukuran Kak Ida panjatkan kepada ilahi. Hari ini Ammar genap berusia tujuh (7) tahun.

"HAPPY BIRTHDAY AMMAR"

Ikutkan tiada perancangan untuk menyambut birthday boy di luar. Tetapi, mengenangkan anak-anak sudah lama tidak dibawa keluar semenjak Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 diumumkan. Kak Ida akhirnya membuat keputusan untuk bersama-sama menikmati makan malam.

Kak Ida memilih Labonza Cafe yang terletak di Taman Impian Emas. Sengaja memilih di kawasan Skudai, kerana tidak mahu terlalu jauh.



Cantik tersusun hiasan di cafe ini. Staf juga melayan kami dengan cukup baik.



Ambil peluang bergambar di sekitar cafe sementara tiada ramai pengunjung ketika itu.












Tuesday, March 23, 2021

e Kuiz Pengakap kembali ke sekolah

Salam pengakap!


Jom join eKuiz anjuran pengakap khas, PPM Negeri Pulau Pinang. e Sijil diberikan kepada setiap penyertaan. 

Sunday, March 14, 2021

World Autism Month Virtual Charity Run anjuran PEPIAS

Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan kit larian yang direka khas bertemakan Bulan Autisme Sedunia eksklusif untuk larian amal ini!


Tekan link untuk mendaftar: http://virtualrun.pepias.org.my/

Terbuka kepada semua.

Sebarang pertanyaan:


Thursday, March 4, 2021

Time2Fit Virtual Run

Alhamdulillah, another virtual run. Kali ini Kak Ida meracun BFF sekali untuk join. Iyelah, percuma kan? Sayang kalau kita tak join.

Time2Fit Virtual Run ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Larian ini sejauh 20 km untuk multiple submission


Kami membuat keputusan untuk self collect medal pada 4/3/2020 yang lalu di Blok B, Wisma Persekutuan.  Tidak mahu lepaskan peluang untuk bergambar bersama kerana ini merupakan virtual run yang pertama kami join bersama-sama.



 

Tuesday, March 2, 2021

Sesi persekolahan Tahun 2021

Assalammualaikum semua, 

Hari kedua persekolahan untuk Tahun 2021. Syukur semuanya berjalan lancar. Tiada adegan meraung, atau menangis tidak mahu ke sekolah. Anak-anak semua cukup bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran secara PdP.

Bila guru berkongsi aktiviti di sekolah di group WhatsApp, membuatkan ibu terharu. Pandai-pandailah jaga diri dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. Dalam menghadapi pandemik sekarang, banyak cabaran yang menanti di hadapan.

Banyak perkara new norm yang setiap satunya mempunyai SOP yang semua perlu dipatuhi. Nak atau taknak. Kita perlu belajar untuk "teruskan hidup."





Aktiviti Adilah di tadika lebih kepada psikomotor. Terima kasih tadika Dzul Iman. Aktiviti-aktiviti ini membuatkan anak-anak suka dengan aktiviti explorer.

Medal New Year Virtual Run 2021

Alhamdulillah, sampai juga medal pertama bagi Tahun 2021.

Medal paling besar yang pernah ada setakat ini. 

Setiap satu medal ini ada kenangannya sendiri. 

Terima kasih Infiniti Run. Insya Allah, bulan Mac ada dua lagi larian yang perlu dihabiskan.


 

Monday, March 1, 2021

Selamat kembali ke sekolah

Selamat kembali ke sekolah anak-anak.

Akhirnya, hampir tiga bulan sesi persekolahan Tahun 2021 ditangguh kerana pandemik, akhirnya anak-anak ke sekolah semula.




 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my