Monday, July 15, 2024

Satu bentuk kepuasan

Alhamdulillah,

Sempena First Day Cover 100 Tahun Tambak Johor yang telah dikeluarkan pada 28 Jun yang lalu, banyak kiriman dari sahabat sehobi yang mahukan cop "Johor Bahru". Malangnya, pada hari kejadian, yang berbaki hanya setem sahaja. Sampul dan folder semua habis diborong.

Mujur Pejabat Pos Johor Bahru ada membuka tempahan. Well said, biar lambat dari tidak dapat langsung. Hehehe...


Kita sapu apa yang ada dulu...

Petang 1 Julai, Kak Ida sudah menerima panggilan dari Pejabat Pos Besar Johor Bahru yang menyatakan sampul dan folder sudah boleh diambil. Kak Ida membuat keputusan untuk singgah tengahari esok.


Terima kasih adik manis!

Kak Ida ambil kesempatan waktu untuk mengecop sehabis baik kiriman rakan sehobi. Maklumlah, silap langkah, sampul boleh menjadi comot. Huhu...



Tadaa... hasilnya! 


Nah, inilah satu bentuk kepuasannya. Syukur, alhamdulillah. Semoga ia turut menjadi kepuasan kepada yang memilikinya. 

Amin amin YRA.


Pengalaman ke Daily Fresh Pulai Perdana

"Abang, Ida teringin nak makan jagung susu..."

"Nak makan kat mana? Dah malam ni," tanya si dia. 

"Kita pergi Daily Fresh nak? Alang-alang nak isi minyak. Boleh bawa anak-anak lepak sekali,"

Alhamdulillah, si dia bersetuju. Selepas solat maghrib dan menikmati makan malam, kami ke stesen minyak Petron di Taman Sri Pulai Perdana. Sejujurnya, ini baru pertama kali jejakkan kaki ke Daily Fresh bersebelahan dengan stesen minyak ini.


Sementara si dia mengisi minyak, Kak Ida membawa anak-anak untuk membuat pesanan terlebih dahulu. Ya Allah, tempat untuk "melepak" cukup selesa sekali.

Layanan dari staf cukup baik dan mesra. Terima kasih kerana melayan kami. Hidangan yang diterima semuanya "fresh". 



Aina dan Ammar memilih waffle coklat dan strawberry, aiskrim musang king dan Adilah memilih aiskrim crossaint.


Senyum lebar si anak dapat menikmati dessert.

Alhamdulillah, pengalaman manis untuk anak-anak. Insya-Allah, boleh jejakkan kaki ke sini lagi kerana cukup dekat dengan rumah. 

PSG 2024: Jom Bantu Anak Dislexia Belajar

Salam GIAT

Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 2024 seperti berikut:

JOM BANTU ANAK DYSLEXIA
Tarikh : 27.07.2024 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran: GIAT RM 10
Link pendaftaran: https://bit.ly/3zFKTXf



Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Ida 016558504
GIAT 0196869324
Mohon HEBAHAN.
Terima kasih

Sunday, July 14, 2024

Penghujung Semester

Alhamdulillah,

Another semester sudah hampir ke penghujungnya bila peperiksaan akhir sudah bermula.

Agak kalut minggu lalu kerana dalam masa yang sama Kak Ida juga perlu menyiapkan pembetulan untuk Projek Sarjana Muda yang perlu dihantar dalam tempoh dua minggu.


Dewan rasmi untuk peperiksaan akhir.

Sebenarnya, Kak Ida tidak berapa sihat dalam minggu ini. Hanya mampu tawakal, pasrahkan dan gagahkan diri menjawab soalan. Dua tiga kali Kak Ida keluar dewan kerana batuk dan hati ini rasa cukup bersalah kerana risau mengganggu calon peperiksaan yang lain.

Akhirnya, Kak Ida membuat keputusan untuk keluar awal satu jam dari tempoh tamat. Tidak mampu untuk menunggu lagi.


Selepas makan ubat, Kak Ida terus singgah ke Taman Universiti untuk binding tesis. Tidak mahu membuang masa kerana esok adalah hari terakhir.


Alhamdulillah, kedai fotostat dibuka. Selesai semua urusan, Kak Ida terus balik ke rumah manis untuk berehat. Terasa hari yang panjang bila badan ini tidak sihat.




Wednesday, July 10, 2024

Run4Fund Wakaf | Masjid Taman Pulai Indah

Yeay, it's a day. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk join Run4Fund Wakaf anjuran Majlis Agama Islam Johor.

Berlari sambil berwakaf serendah RM 10.00 sahaja. 

Kali ini, larian dibuat di Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru. Selain larian, MAIJ juga mengadakan Program Semarak Subuh.