Wednesday, December 6, 2023

Minggu Setem 2023

Hi semua,

Minggu Setem 2023 akan berlangsung pada 9 & 10 Disember 2023 di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Selangor.

Banyak aktiviti menarik akan dibuat iaitu:
- Pameran setem
- Peraduan mewarna
- Cabutan bertuah
- Sesi perkongsian tentang setem
- Jualan setem


Dapatkan cop tarikh khas sempena Minggu Setem 2023.

Masuk adalah PERCUMA!

 

Saturday, December 2, 2023

Lawatan ke Mahkamah Persekutuan dan Perpustakaan

Kami agak lewat dalam 15 minit seperti mana yang ditetapkan.

Alhamdulillah, kami disambut mesra oleh Pegawai di Mahkamah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Palace of Justice (Istana Kehakiman).

Memang menganggumkan melihat bangunan yang cukup gah. Semestinya Kak Ida tidak melepaskan peluang mengambil gambar disekitar Mahkamah. Cantik sungguh!

Seperti biasa, kami perlu melalui pemeriksaan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam Mahkamah. Disini, tidak dibenarkan mengambil gambar dan video kecuali di Perpustakaan dan Muzium.

Jadi, Kak Ida akan kongsikan gambar pada dya tempat ini sahaja. 

Ok, kami dibawa ke kamar Mahkamah untuk sesi briefing. Kami dibawa melihat tempat hakim, tempat barisan peguam, kandang saksi dan tertuduh, galeri awam dan bilik tahanan.

Memang cukup menginsafkan bila Kak Ida melihat sendiri bilik tahanan yang ada disitu.

Kami diterangkan fungsi Mahkamah-mahkamah yang ada di Malaysia. Dan yeay, Kak Ida berjaya menjawab soalan berkaitan Siapakah Ketua Hakim Negara sekarang.

Alhamdulillah, ada ole-oleh dibawa pulang untuk anak-anak.

Kemudian, kami dibawa ke Perpustakaan. Wow! Boleh lihat sendiri...

Ketua Hakim Negara diletakkan disini.

"The Four!"

Kitab Kanun Tanah Negara (KTN)

Kami diterangkan fungsi Perpustakaan yang menempatkan beribu-ribu koleksi buku yang bukan kaleng-kaleng harganya.

Belum boleh move on. Hahaha...

Student edition.

Cantik kan? Terasa aura seorang hakim disini.

Alhamdulillah, selesai melawat Perpustakaan, kami dibawa ke Muzium Mahkamah. 

Guys, Muzium Mahkamah ini PERCUMA untuk dilawati. Boleh datang bersama keluarga. Ok, disebabkan banyak gambar yang ingin dikongsi, Kak Ida sediakan satu posting khas ok? 

Selamat membaca! 



First Day Cover | 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Salam bloggers,

Alhamdulillah, First Day Cover sempena 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.


Tidaklah Kak Ida lepaskan peluang untuk mendapatkan edisi kali ini. Yeay...

Jangan lupa dapatkan sekeping di Pejabat Pos yang terpilih.

Lawatan ke Parlimen

Kali ini kami pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah berpeluang melawat ke Parlimen. 

Terima kasih Dr Aminah binti Mohsin yang merupakan pensyarah pengiring pada lawatan kali ini.

Mereka membuat keputusan untuk berkumpul di rumah Kak Ida. Sementara menantikan Wan mengambil kerera sewa, kami menikmati secawan kopi panas dan roti tuna mengalas perut. Akhirnya, kami bergerak ke tepat jam 2.00 pagi dan terus menuju Hentian Kulai untuk menanti sebuah lagi kereta.

Kak Ida ambil peluang untuk berehat sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba ke di rumah mama jam 5.30 pagi. 

Kaum lelaki terus ke Surau Al Falah AU4/7 untuk solat subuh berjemaah. Dalam jam 6.15 pagi, mereka tiba semula ke rumah mama untuk bersarapan dan seterusnya berehat sebentar menantikan jam 9.30 pagi.

Mama masakkan kami nasi lemak Alhamdulillah, terima kasih mama. Cukup berselera mereka menikmati sarapan yang disediakan.

Setelah berpeluang berehat dan mandi, kami bergerak ke MPalace Hotel untuk mengambil Dr pula. Dari hotel ke Parlimen hanya memakan masa 4 minit perjalanan. Syukur, kami tiba ke Parlimen awal sebagaimana waktu yang ditetapkan.

Kami perlu mendaftarkan diri sebelum boleh masuk ke Parlimen. 

Yeay, dapat pas masuk. Kami dinasihatkan untuk memakai tag ini sepanjang berada di Parlimen. Jika hilang, kami perlu membuat laporan polis. Memang saling jaga-menjaga. 

Kami disambut oleh Puan Emilda. Sebelum masuk ke Parlimen, kami perlu menjalani pemeriksaan beg untuk memastikan tidak membawa barang-barang terlarang.

Kami ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Kamar Khas untuk mendengar perbahasan. 

Sebelum masuk, Puan Emilda memberi panduan protokol ketika masuk ke Dewan Negara. Antaranya perlu tunduk sebelum duduk dan sebelum keluar dari dewan, tidak menyampuk dan duduk dengan sopan. Kami juga dilarang mengambil gambar dan video sepanjang berada didalam dewan.

Kali ini, Kak Ida berpeluang berjumpa beberapa tokoh politik negara. Memang menganga melihat mereka berbahas. Live didepan mata. Hehehe...

Sekitar gambar di Parlimen Malaysia.

Bersama Dato Bentara yang membawa cokmar. Satu lambang kebesaran dan alatan diraja yang wajib ada sebelum berbahas.

Kami akhiri sesi di Parlimen dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Puan Emilda.

Ya, tiba masa untuk kami bergerak ke destinasi seterusnya. Mahkamah Persekutuan. 

Friday, October 27, 2023

Hari Sukan Tradisional PUSPANITA JUPEM Johor

It's a day. 

Kali ini PUSPANITA JUPEM Johor membuat sedikit kelainan sempena Hari Sukan Negara yang disambut pada bulan Oktober dengan memilih sukan tradisional!

Ya, tradisional.

Mengimbau kenangan zaman kecil dengan bermain galah panjang, baling tin, batu seremban, congkak, ceper dan dam aji gergasi.

Kami membuat undian yang akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kak Ida terpilih masuk ke kumpulan B.

Acara disebelah pagi adalah galah panjang dan baling tin. 

Galah panjang diwakili lima (5) pemain dan perlu melepasi beberapa petak untuk mengumpul mata (point). Jika pemain dapat melepasi semua petak, kumpulan akan dapat 10 mata.

Permainan kedua pula adalah baling tin. Pemain akan membaling tin dengan selipar dan ahli kumpulan perlu menyusun tin secara menegak sebanyak 10 biji.

Memang mencabar ok. Semua determine untuk memastikan kumpulan menang. Hehehe..

Selesai kedua-dua outdoor games, kami berehat sebelum menyambung ke indoor games dalam jam 10.30 pagi di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor.

Kak Ida kali ini bermain batu seremban. 

Untuk permainan congkak, pengiraan mata pemenang dikira berdasarkan tapak dan guli yang tinggal. 

Serius betul muka juri menjeling Kak Ida. Hehe...

Cara bermain batu seremban adalah setiap kumpulan perlu melambung batu 1-10 sebelum menimbang batu. 

Satu batu yang berjaya ditimbang akan mendapat 2 mata dan kita perlu mengumpul sehingga 30 mata. Jadi pemain kena ingat step.

Psst, Aisyah yang jahitkan batu seremban ibu. Hehehe...

Sama juga dengan permaiann ceper.

... dan akhir sekali adalah permainan dam aji gergasi.

Ini memang happening. Hehehe... 

Alhamdulillah, kumpulan B adalah juara keseluruhan dengan memenangi 5 daripada 6 acara sukan yang dipertandingkan.

Yeay...

Seronok dan kami sangat berpuas hati.

Semoga penganjuran sukan ini dapat mengeratkan sillaturrahim, ukhuwah dan kerjasama antara ahli PUSPANITA JUPEM Johor. Insya Allah. 

Wednesday, October 11, 2023

First Day Cover | Hari Pos Sedunia 2023

Salam bloggers,

Sempena Hari Pos Sedunia yang disambut pada 9 Oktober setiap tahun, Pos Malaysia mengeluarkan First Day Cover berdenominasi RM 1.30 setiap satu.

Dapatkan di pejabat pos yang terpilih yang dikeluarkan pada 17 Oktober 2023 nanti.


Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

 

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2023 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 8/10/2023 sehingga 11.59 malam 11/10/2023. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  13 Oktober 2023.

** jom support Mia Liana....

Monday, October 9, 2023

Sambutan Hari Kesihatan Mental anjuran Klinik Kesihatan Gelang Patah

Hi bloggers,

Esok akan berlangsung Hari Kesihatan Mental anjuran Klinik Kesihatan Gelang Patah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti Mindful Colouring, Fotografi dan Slogan dan Silang Kata.



Insya Allah, Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa akan membuka booth pameran disitu dan Kak Ida akan berkongsi serba sedikit tentang kesihatan mental yang mempunyai anak-anak istimewa.

Jumpa kita disana ok?

Sunday, October 8, 2023

Dyslexia Programme | Path To Success

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan, Child and Adolescence Mental Health Services (CAMHS) dengan Kerjasama Badan Pendidikan Psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru akan mengadakan PROGRAM DISLEKSIA seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 16 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Ixora, HPJB

Topik-topik perbincangan : 
1. Pengenalan Disleksia dan Tanda-tanda awal.
2. Terapi cara kerja untuk kanak-kanak disleksia.
3. Disleksia dan kesihatan mental.
4. Saringan Disleksia di Sekolah, Pelbagai Aliran Pendidikan di Sekolah.
5. Terapi Pertuturan untuk Kanak-kanak Disleksia.
6. Pemerkasaan Individu Disleksia.
7. Pendaftaran OKU dan keistimewaan.
8. Perkongsian daripada wakil GIAT.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:  RM100.00

Link pendaftaran : 

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 

CAMHS HPJB / Dr Vivian : 07-2311975
Email : camhs@hpjb.my

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda semua

Post Office Bricks

Terima kasih #AmmarSayang, bantu ibu siapkan Post Office bricks untuk diletakkan disudut filateli.


Banyak kelebihan membina bricks terutama untuk anak-anak. 

Antaranya, 

1. Membantu mengenalpasti bentuk, warna dan saiz bricks.

2. Membantu anak-anak mengira jumlah bricks yang betul.

3. Menambah fokus anak dan memupuk sifat sabar ketika menyiapkan bricks.

4. Membentuk kerjasama.

Selesai semua dipasang, Ammar bisik, "kenapa ibu tak beli Flower Hotel sekali? Depan hotel tu ada postbox."

Ibu be like...

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my