Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023.
Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.
Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.
Kenyataan akhbar
alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeleteSama-sama. 🥰
Delete