Salam bloggers,
Alhamdulillah. Kak Ida berpeluang untuk melawat tapak projek kuari bagi melengkapkan lagi pemahaman dalam subjek Undang-undang Penyewaan.
Kami berkumpul di Pejabat Tanah Kulai pada jam 10.00 pagi untuk bergambar kenang-kenangan bersama pensyarah pengiring sebelum bergerak ke tapak kuari yang pertama.
Kami disambut oleh Mr Wong yang merupakan Pengarah Urusan. Beliau berkongsi serba sedikit tentang syarikat, terma-terma dalam syarat perjanjian dan produk yang dihasilkan oleh kuari.
Ruang pemerhati.
View kuari dari ruang pemerhati. Alhamdulillah, cuaca cukup baik pada hari itu.
Ini merupakan kali pertama Kak Ida berpeluang melawat tapak kuari. Memang memberikan pengalaman manis untuk Kak Ida bagi semester ini.
Terima kasih Mr Wong atas perkongsian yang diberikan. Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang diperoleh dalam lawatan kali ini.
Ada rezeki kita berjumpa lagi. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment