Friday, June 17, 2016

Simpuh kata

Anak dah masuk empat...

Baru tahu namanya simpuh si Adilah

Simpuh katak! 


Sunday, June 12, 2016

Semak perkembangan anak kita

Ramai yang bertanya pada Kak Ida macam mana Kak Ida 'dapat tahu' Aina Insyirah ada 'perkembangan lewat'.

Kak Ida perasan Aina tidak mampu hendak 'menyambung dua patah perkataan'. Sebagai contohnya, "Aina nak susu". Sedangkan, pada umur setahun, Aina sepatutnya sudah boleh menyebut satu atau dua patah perkataan.

Pertama, Kak Ida memang tidak lupa dengan temujanji Aina di Klinik Kesihatan. Walaupun, sudah habis tempoh 2 tahun yang penting, Kak Ida tetap juga akan membawa Aina sama ada untuk menyemak berat badan dan tinggi, pemberian ubat cacing dan lain-lain lagi.

Berat badan dan tinggi untuk memastikan BMI anak-anak adalah ideal.

Kedua, Kak Ida akan pantau perkembangan anak-anak. Dalam buku merah itu ada 'laporan kemajuan' anak-anak. Cuba ibu tengok, mana-mana perkembangan yang lewat itu, ibu boleh bincangkan dengan Jururawat Masyarakat atau doktor (jika ada pada waktu itu) ketika temujanji di Klinik Kesihatan.

Ketiga, 'bandingkan anak kita mengikut usia'. Kalau anak pertama, memang agak sukar. Tetapi, bagi yang ramai anak, boleh cuba banding-bandingkan. Maksud saya di sini, perkembangannya dengan kakak atau abang tidaklah terlalu jauh.

Bila menjadi ibu, kita akan belajar perkara baru setiap hari.

Jom semak perkembangan anak-anak kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...