Alhamdulillah, seribu kesyukuran Kak Ida panjatkan kepada ilahi. Hari ini Ammar genap berusia tujuh (7) tahun.
"HAPPY BIRTHDAY AMMAR"
Ikutkan tiada perancangan untuk menyambut birthday boy di luar. Tetapi, mengenangkan anak-anak sudah lama tidak dibawa keluar semenjak Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 diumumkan. Kak Ida akhirnya membuat keputusan untuk bersama-sama menikmati makan malam.
Kak Ida memilih Labonza Cafe yang terletak di Taman Impian Emas. Sengaja memilih di kawasan Skudai, kerana tidak mahu terlalu jauh.
Cantik tersusun hiasan di cafe ini. Staf juga melayan kami dengan cukup baik.
Ambil peluang bergambar di sekitar cafe sementara tiada ramai pengunjung ketika itu.
No comments:
Post a Comment