Kali ini Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri Program Ukur bersama Rakyat yang diadakan di Dataran Ledang Tangkak, Muar Johor.
Kak Ida pergi satu kereta bersama officemate Kak Ida.
Sepatutnya, kami perlu bergerak awal kerana raptai akan dimulakan jam 3.00 petang, tetapi disebabkan ada kerja-kerja urgent yang perlu disiapkan terlebih dahulu membuatkan kami akhirnya bergerak jam 12.00 tengahari.
Biar lambat, yang penting, semua selamat.
Sebelum bergerak, Puan Jihan masih perlu menjawab mesej. Yang lain, ambil peluang selfie sekeping dulu sebelum bergerak. Hihi
Tangkak, here we come. Gambar ini diambil sejurus selepas kami berehat sebentar di RnR Pagoh untuk solat Zohor dan makan tengahari.
Inilah hotel tempat kami menginap. The Ophir Hotel. Alhamdulillah, walaupun hotel bajet, tetapi servis dan fasiliti yang disediakan cukup memuaskan hati.
Sampai sahaja di Tangkak, kami terus bergegas ke Dataran Ledang untuk sesi raptai Program Ukur bersama Rakyat. Ya Tuhan, baru tahu tugas Kak Ida disini adalah sebagai usherer. Kus semangat. Tergaru-garu juga kepala Kak Ida. Hahahah
Mujur team dari JUPEM HQ banyak membantu. Pengalaman yang cukup berharga pada Kak Ida.
Alhamdulillah, hari pertama Kak Ida di Tangkak selesai. Jom cari port minum petang dan kemudian berehat untuk tugas penting esok.
Nantikan entry terbaru Kak Ida ya.
No comments:
Post a Comment