Speech, Language & Communication for Kids Summit 2019
Seminar anjuran bersama Raudatul Iman Education Sdn. Bhd. (RIE) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini memberi fokus utama terhadap aspek pertuturan, bahasa dan juga komunikasi kanak-kanak.
Program ini merupakan satu inisiatif dalam memperkenalkan bidang terapi pertuturan ( speech therapy) dan juga pendidikan khususnya pendidikan awal kanak-kanak kepada komuniti dan masyarakat setempat.
Ianya turut mengumpulkan barisan profesional seperti ahli patologis pertuturan bahasa, pensyarah dan psikologis dari seluruh Malaysia dengan kaedah penyampaian yang mudah difahami serta demonstrasi yang boleh dipraktikkan oleh setiap peserta.
Selain perkongsian oleh terapis profesional, peserta juga akan dibantu oleh fasilitator di kalangan terapis pertuturan untuk lebih mudah memahami konten yang disampaikan.
Matlamat kami adalah supaya dengan adanya penganjuran program ini ibu bapa, guru-guru dan pihak awam dapat menangani beberapa permasalahan seperti berikut :
- Sukar untuk bertemu dengan terapis pertuturan
- Tempoh masa menunggu yang lama
- Tidak tahu apa yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu anak
- Tidak mempunyai panduan aktiviti sementara menunggu temujanji bersama terapis
- Anak tidak menunjukkan progres
- Tiada motivasi untuk membantu anak
- ... dan banyak lagi
Antara topik yang akan dikupas pada hari pertama adalah :
- Pengesanan dan intervensi awal.
- Rangsangan oral-motor dan stimulasi pertuturan.
- Solusi alternatif bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi yang kompleks.
- Strategi DIY di rumah.
- Autism dan interaksi ibu-anak.
Manakala pada hari kedua akan dijalankan sesi selari yang sesuai untuk warga pendidik dan juga ibu bapa di mana peserta boleh memilih untuk mengikuti topik yang diingini seperti :
- Intervensi guru di bilik darjah.
- Disleksia - hubungan di antara pertuturan, bahasa dan juga komunikasi.
- Membina suasana meransang bahasa dan inklusif di sekolah.
- Persediaan ke sekolah - kemahiran sosial
- Belajar melalui bermain dan kelebihan untuk perkembangan kanak-kanak.
- Kanak-kanak dan ICT.
- ICT untuk pendidikan abad ke-21.
- Kepentingan pemakanan nutrisi untuk kanak-kanak.
SIAPA YANG SESUAI UNTUK HADIR?
- Ibu bapa
- Guru dan tenaga pengajar (taska, tadika, sekolah, universiti, kolej, pusat tuisyen dan pendidikan khas)
- Professional dalam bidang perubatan dan kesihatan
- Terapis (OT, PT dan ST)
- Psikologis
- Pusat intervensi awal
- Pelajar
- Sesiapa yang ingin menambah ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak.
PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 07 & 08 Disember 2019
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Dewan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
MAKLUMAT PEMBAYARAN
"Early Bird"
+ RM 280 / pax (2 Hari)
+ RM 540 / 2 pax (2 Hari)
# Pendaftaran bagi early bird dibuka sehingga 30 Ogos 2019
Yuran penyertaan :
1 hari program - RM 180 / pax
2 hari program - RM 300 / pax
Yuran adalah termasuk :
1) Sarapan
2) Sijil penyertaan (Hanya untuk peserta yang mengikuti program 2 hari sahaja)
3) Beg cenderahati (Buku program)
Kidzone (ada disediakan)
RM 10 / pax (kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun sahaja)
Ibubapa yang mempunyai bayi berumur 1 tahun dan ke bawah boleh menghantar anak-anak di
Taska Iman, Skudai
PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE BANKING)
================================================
MAYBANK BERHAD
Pemegang Akaun : Raudatul Iman Education Sdn Bhd
No Akaun : 5510 1670 7328
DAFTAR SEKARANG
==================
Pendaftaran dibuka sehingga 15 November 2019
# Penyertaan terhad untuk 500 orang peserta sahaja
PERTANYAAN LANJUT
===================
Customer Careline : 017 - 6232165 (Cik Nurul Aida Nazieli)
Email : raudatuliman.hq@gmail.com
No comments:
Post a Comment