Team Raya Selangor.
Salam Syawal ke-3 pada buat pembaca blog Kak Ida.
Kak Ida ambil kesempatan untuk beraya di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor. Kampung sebelah papa.
Rumah persinggahan kedua Kak Ida adalah dirumah adik papa.
Rumah persinggahan kedua Kak Ida adalah dirumah adik papa.
Bersama sepupu. Ingat dulu masa Kak Ida kecil, malam raya mesti Razak mengajak Kak Ida untuk belajar bermain meriam kelapa.
Berlawan dengan kampung sebelah. Hahaha
Buah nanam. Kata Razak, tinggal sepokok sahaja yang ada lagi. Dua tiga kali Kak Ida ulang untuk memastikan nama pokok yang betul. Kak Ida ingatkan buah koko.
Kemudian, Kak Ida minta izin papa untuk ke rumah arwah atuk. Ya Allah, pelbagai nostalgia dirumah ini.
Bantu arwah nenek membuat baulu gulung di dapur. Tempat kegemaran Kak Ida semestinya melepak di ruang ini. Sambil menonton televisyen.
Semua memori terimbas. Allahu, tiba-tiba sebak mengundang diri.
Tanya pada Razak, ada lagi ke barangan atuk yang ada. Nah, Razak terus keluarkan mesin taip antik dan juga jam dinding jenis kunci.
Razak juga berikan pinggan dan cawan bercorak lama untuk Kak Ida simpan sebagai kenang-kenangan.
Ini paling rare. Kalau dulu perut memulas bila waktu malam, memang boleh meraung. Ngeri wehhh... Hahahah
Nak minum air kelapa muda, memang puas kalau balik ke Sabak Bernam.
Bersama Cik Dhori.
No comments:
Post a Comment