Saturday, June 1, 2019

Salam Ramadan ke 27

Salam Ramadan ke -27.

Sudah minggu-minggu terakhir kita berpuasa.

Misi menghabiskan lauk apa yang ada di dalam peti ais. Maklumlah, minggu depan sudah mula bercuti panjang sempena Hari Raya Puasa. Jadi, Kak Ida tidak mahu menyimpan stok lauk pauk basah dalam jangka masa yang lama di dalam peti ais.

Nah, buka peti ais, ada ikan kembung, ayam dan udang yang dibeli sekadar untuk perencah.

Pada asalnya, Kak Ida hendak membuat ayam masak lemak (again!), tetapi mengenangkan ada sedikit baki kacang panjang yang dicampur semalam ke dalam masakan ayam black pepper, Kak Ida membuat keputusan untuk menukar menu.

Nah, hasil menunya.

Ikan kembung air asam.
Telur dadar campur bawang
Kacang panjang masak lemak campur udang
Ayam goreng





Alhamdulillah, anak-anak dan si dia makan dengan cukup berselera sekali.

Syukur sangat-sangat melihat anak-anak menikmati makanan yang kita masak. Misi #KurangkanPasarRamadan tahun ini berjalan lancar. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my