Wednesday, June 5, 2019

JUSCO AU2 | TGV Cinema

Throwback,

"Ida, kau kat mana?" tanya si dia.

Aku kat Jelebu ni... Kat kampung. Kenapa?

"Eh? kau kat kampung eh? Aku ingat kau beraya disini... Baru nak ajak kau lepak tengok wayang..."

Gila kau, malam raya ni weh... Buat-buatlah potong bawang ke... apa ke... (pandai pula Kak Ida nasihatkan orang. Hahaha)

Dengan suara terputus-putus kerana line di kampung yang tidak berapa cantik, akhirnya ajakan si dia berlalu begitu sahaja.

=========

Selepas 14 tahun berlalu,

Malam tadi Kak Ida kena selesaikan juga 3km #VirtualRun.

Ajak si dia JUSCO AU2 yang sekangkang kera dari rumah mama dan kemudian terus ke dobi untuk keringkan baju.

Eh, ada TGV Cinema la. Bersinar-sinar mata Kak Ida.

"Abang nak tengok wayang? Cerita X Men dah keluar..."

"Boleh juga, call mama dulu untuk tanyakan anak-anak ok ke tidak..."

Kak Ida terus hubungi mama untuk minta keizinan untuk menonton wayang. Yeay, green light.


Terkial-kial juga. Selalunya along sudah bookingkan tiket. Kali ini kami kena beli tiket dan pilih seat sendiri. Pengalaman baru pada kami berdua.

Mujur tayangan X Men : Dark Pheonix ada jam 9.30 malam. Jadi, kami tidak perlu membuang masa untuk menunggu.


Nah, Kak Ida merealisasikan impian si dia untuk menonton wayang bersama-sama Kak Ida di malam raya.

Tergelak si dia bila kami mengenangkan kisah lama. Terima kasih abang.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my