Selepas Majlis Sambutan Hari Raya JUPEM Johor di Sangkar Kristal selesai, Kak Ida perlu bergegas untuk mengambil Aina dan terus menyatuni Kelas Kod Tangan untuk bulan Julai di Skudai pula.
Kelas kod tangan atau kelas bahasa isyarat ini merupakan salah satu kelas idaman Kak Ida semenjak tahun 2018. Lebih tepat lagi 2 Ogos 2018. Nah, Allah makbulkan terus wishlist Kak Ida.
Tahun ini, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru telah membuka pendaftaran kelas kod tangan. "Bahasa Isyarat" membawa maksud bahasa isyarat rasmi bagi orang pekak di Malaysia (Akta OKU 2008).
Tajuk minggu ini kita akan mempelajari "kata kerja" seperti makan, minum, masak, dan lain-lain lagi.
Selepas habis kelas, penganjur berbesar hati meraikan Hari Bapa untuk ayah-ayah yang datang ke kelas kod tangan ini bersama dengan sambutan Aidilfitri. Walaupun ringkas, ia cukup meriah bila kami (ibubapa) dapat beramah mesra bersama-sama.
No comments:
Post a Comment