Thursday, June 27, 2019

Raya 2019 | Ziarah Sister BF Linda Nasir

Menyantuni jemputan #SisterBF, Puan Linda Nasir ke teratak beliau. Kak Ida tiba agak lewat kerana perlu singgah beberapa tempat dahulu untuk COD barang dagangan.

Sampai dirumah Linda, lebih kurang jam 9.30 malam. Toleh ke belakang, semua anak-anak sudah lena diulit mimpi. Turunlah Kak Ida dan si dia sahaja.  

Lihat sahabat-sahabat lain pun sudah ada seperti acik Wana, mama Effa dan Kak Zulhaya. Kami dihidangkan dengan nasi tomato, dan nasi goreng gaiss... Kuih koci air tangan mama Linda turut ada. Teh tarik licin pula ketika kami sampai. Huk huk huk.

Bertabahlah, siapa suruh lambat sampai. Hahaha


Hiasan meja. Ringkas tetapi menarik.


Bekas mantan Setiausaha GIAT, Kak Wana. Bukan biashe-biashe orangnya.



Kak Ida suka dengan gambar ini. Ada #PhotoChallenge rupanya. Hihi


Menu ini yang paling menarik perhatian Kak Ida. Habis diet malam tu. Hallah hallah...

Kek pecan butterscoth. Terbaik weh. Sedar tak sedar Kak Ida menikmati empat potongan kek ini sahaja.




Hasil gambar kami berlima. Gojes sentiasa. Hihihi

Malam itu, kami rajin pula buat boomerang. Lagi havoc suasana raya. Belum lagi, gambar-gambar yang tak jadi, kena ambil semula. 

Alhamdulillah, selesai ziarah raya rumah #SisterBF. Terima kasih tuan rumah atas jemputan. Janganlah serik menjemput kami lagi ya tahun hadapan. Insya-Allah

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my