Salam Syawal ke-2 sahabat Kak Ida.
Hari ini, Kak Ida sekeluarga berada di Jelebu, Negeri Sembilan.
Kak Ida datang untuk melihat progress rumah mama dan kami juga mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara arwah nenek, mak long dan pak long.
Bilik utama.
Kak Ida bergambar dari pintu masuk rumah mama. Keluasan kabin ini 20 x 10. Agak luas dan selesa untuk kami berkumpul anak-beranak.
Nah, sementara ayah membantu atuk mengemas persekitaran rumah, anak-anak mengambil peluang bermain pasir. Seronok betul eh?
Kemudian, kami bergerak ke kubur.
Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 10.00 pagi. Cuaca agak terik. Kali ini kami datang bertiga sahaja. Anak-anak kami tinggalkan dirumah sahaja.
Memenuhi hasrat mama.
Alhamdulillah, tahun lepas lagi kami merancang untuk "menghias rumah" nenek dan mak lang. Allah swt beri kesempatan untuk kami merealisasikan tahun ini.
Syukur Allah.
Kami membersihkan dahulu rumput yang ada di kubur nenek.
Kubur Mak Lang pula.
Nah, kami letakkan batu sungai di pusara nenek dan mak lang. Insya-Allah, kami akan tambahkan lagi batu-batu sungai ini.
Selesai juga hasrat kami. Insya-Allah nenek dan mak lang, kita berjumpa lagi.
Al Fatihah untuk Hjh. Halipah binti Ali dan Sabariah binti Meoun.
Alhamdulillah, selesai semua tugasan kami di Jelebu. Kuala Lumpur, here're we come.
No comments:
Post a Comment