Saturday, June 15, 2019

Bergedil Daging

Hari ini ada ziarah raya MommiesUnitedJB.

Alang-alang Izzah nak buat menu utamanya soto, Kak Ida tawarkan diri untuk buat bergedil daging.

Nah, Kak Ida kongsikan bahan-bahannya.

Kentang
Lada sulah
Daging hancur. Kak Ida memilih jenama Ramly.
Dua biji bawang
Bawang putih
Lada sulah (ditumbuk)
Telur
Sedikut tepung gandum
Daun sup


Kak Ida lebih suka menggoreng kentang dari rebus kentang tersebut. Dua-dua pun boleh. Tiada masalahnya.

Dalam masa yang sama, Kak Ida siapkan dagingnya. Oh ya, kalau kita tidak makan daging lembu, kita boleh tukar dengan daging ayam. 

Masukkan daging hancur dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada sulah ke dalam kuali. Masak sehingga daging tiada warna merah.



Selepas digoreng, tumbuk untuk hancurkan kentang. Kak Ida suka menumbuk dengan lesung batu. Mudah dan cepat. Hihi


Masukkan daging hancur yang sudah ditumis tadi.


Masukkan daun sup dan bawang goreng.


Bulat-bulatkan untuk jadi seperti bebola. Kak Ida suka membentuk bergedil comel-comel begini. Sekali "ngap" masuk ke dalam mulut. Ikutlah bentuk mana yang kita suka.


Pecahkan dua biji telur. Masukkan sedikit tepung gandum dan garam. Kacau.

Salutkan bergedil tadi ke dalam telur.


Goreng bergedil tadi. Tidak perlu terlalu lama. 


Nah, siap... Sedia dihidangkan bersama soto. 

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my