Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah, Kak Ida sudah selesai memperbaharui kategori ketidakupayaan pembelajaran yang tertera dalam kad orang kurang upaya (OKU). Sebenarnya, butiran kad ini boleh ditukar mulai 1 Mei 2019 yang lalu.
Sebelum ini, kad OKU yang lama ditulis kategori ketidakupayaan sebagai "Masalah Pembelajaran" sahaja, tetapi yang terkini akan tertera butiran yang lebih spesifik seperti OKU
Pembelajaran iaitu Global Development Delay (GDD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Specific Learning Disability (LD), down syndrome, intelektual, autisme.
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor terletak di Tingkat 6, Bangunan KWSP.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:-
+ Salinan kad pengenalan (MyKid)
+ Salinan Kad OKU
Sebelum itu, kita perlu mengambil Pas Pelawat di Tingkat 1 di kaunter pertanyaan.
Ambil nombor giliran untuk kaunter 5 berkaitan kad OKU. Alhamdulillah, ketika Kak Ida sampai tidak perlu menunggu lama.
Setelah nombor giliran di panggil, serahkan salinan kad pengenalan (MyKid) dan salinan kad OKU anak pada pegawai yang bertugas. Kita akan mendapat satu slip permohonan "Mohon Tukar Kad". Simpan slip tersebut dengan baik.
Kalau ada maklumat peribadi yang mahu ditukar seperti alamat pun maklumkan sahaja pada pegawai disitu. Alang-alang kan kita dah sampai situ.
Oh ya, kad OKU anak kita akan pegang dahulu. Bawa semula ketika kita mahu mengambil kad OKU yang baru nanti.
Jangan lupa minta cop jabatan pada pas pelawat tadi. Kita perlu menyerahkan semula pas tersebut pada pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan.
Alhamdulillah, sungguh mudah urusannya.
No comments:
Post a Comment