Monday, June 10, 2019

Syawal ke enam

Tugasan pertama 6 Syawal.

Back to normal routine. Anak-anak sudah mula bersekolah. Mereka yang bekerja juga sudah mulakan pekerjaan mereka semlaam. Kak Ida membuat keputusan untuk menyambung cuti sehari. Ada beberapa urusan perlu diselesaikan.

Ingatkan kedai makan soto buka hari ini. Tutup lagi. Terus Kak Ida tekan butang G untuk ke Tabung Haji. Nak masukkan duit raya anak-anak siri pertama dan duit syiling yang Aisyah kumpul di tabung.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kebetulan, rezeki komisen Al Haddad juga sudah masuk semalam, Kak Ida tambahkan lagi simpanan duit raya anak-anak.

Seronok tengok bunyi mesin print buku simpanan Tabung Haji anak-anak (Kak Ida dan si dia ada juga menyimpan melalui potongan gaji). Ibarat terapi diri. Kiranya kami mengemaskini sekali buku anak-anak, diri sendiri dan si dia. 


Mujur tidak menunggu lama.


Kemudian, tugasan kedua pula. 

Kak Ida ke Bandar Baru Uda untuk merestok Al Haddad terutama Tamar Cocoa yang sentiasa jadi "hot product". Stok kontang weh walaupun musim raya... 

Tujuan ketiga Kak Ida hari ini adalah untuk membeli barangan dapur. Raya-raya ini, Kak Ida suka pastikan barang dapur mencukupi.

Nah, ke HERO la kita. 

Pertama kali Kak Ida ke sini semenjak HERO dibuka di Angsana. Selalu Kak Ida ke HERO AU4 sahaja. Memang harga boleh tahan di HERO. 


List untuk beli barang. Alang-alang membeli barang dengan kuantiti yang banyak, kita buat kad keahlian sekali. Hihihi


Keluar dari HERO, jam sudah pukul 1.15 petang, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk menikmati Mee Rebus Hj. Wahid. 

Alhamdulillah. 

Semua list to do yang hendak dibuat berjaya dilaksanakan. Jom balik, Kak Ida hendak bersiap-siap untuk hantar Aisyah ke sekolah agama pula selepas ini.

See you next entry. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my