Friday, June 7, 2019

Nenek, Kak T sampai...

Rumah terakhir Kak Ida singgah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.


Rumah nenek kesayangan Kak Ida di Sungai Besar, Sabak Bernam. Pertama kali Kak Ida ke sini dan rumah ini adalah rumah MESTI datang jika Kak Ida ke Sabak Bernam.

Turun dari kereta, nampak riak muka nenek yang terkejut bila melihat Kak Ida.




Alhamdulillah, nenek sihat-sihat sahaja. Syukur alhamdulillah. Ya Allah, jaga dia untukku. Nenek "bising" bila Kak Ida tidak maklumkan awal. Iyelah, kata suprise. Hihi

Nenek hidangkan kami mee kari istimewa. Aduh, sedap betul. 

Sebelum balik, Kak Ida mahu bergambar kenang-kenangan. 





Bersama si dia yang sentiasa ada disisi. Terima kasih abang. (you know what i mean!) Baru hendak masuk ke kereta, adik beradik papa pun sampai. Nah, kami bergambar sekali lagi.




Alhamdulillah, misi Kak Ida di Sabak Bernam selesai dengan jayanya. Kak Ngah pulang dulu ya nenek. Insya-Allah, ada rezeki dan kelapangan masa kita berjumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my