Friday, May 31, 2019

Misi Kemas Raya

Hari Raya Puasa akan menjelang tidak lama lagi.

Setelah berbincang dengan si dia, raya kali ini kami nak nampakkan "suasana" lain dengan kos yang cukup-cukup minima. Tidak perlu membeli yang baru untuk nampak baru. Betul?

Jadi, Kak Ida dan si dia berbincang untuk menyusun atur semula rumah supaya nampak lebih segar dan sedap mata memandang.

Hari pertama, kami fokus di bilik baju atau (wardrobe) anak-anak. Bilik ini terletaknya tempat menggosok baju, satu almari untuk meletakkan cadar dan toto dan lain-lain lagi.

Biasalah anak-anak kan, setiap kali mengambil baju, habis dikirainya semua. Bersepah-sepah.

Bakul berwarna putih itu berharga RM 14.90. Kak Ida membeli lima unit untuk menyusun atur baju-baju anak dengan menggunakan kaedah Kon Marie Method.

1. Kak Ida keluarkan semua baju yang ada di dalam almari. Asingkan baju dan seluar.
2. Kemudian, asingkan lagi baju/seluar yang lusuh, koyak, baju yang tidak mahu dipakai lagi atau tidak muat dipakai untuk dibuang. Elakkan simpan dalam kotak untuk disimpan pula di bawah katil. Teknik Kon Marie sangat mengutamakan ruang.
3. Lipat baju "seolah-olah boleh berdiri". 
4. Susun di dalam bakul dengan rapi.


Sebelum


Nah, ini hasilnya. Kemas dan mudah untuk anak-anak mengambil baju yang sudah dilipat kemas tanpa perlu mengirai. 

Kemudian, kami beralih pula ke ruang tamu. Di ruang tamu, kami ingin tekankan susun atur sofa dan perabot.


  

Anak-anak pula ditugaskan untuk membersihkan sofa dengan menggunakan foam khas yang dibeli di Mr DIY. 

Langsir seperti tahun-tahun sebelumnya, basuh dan gantung semula.

Kami suka melibatkan anak-anak dalam aktiviti mengemas. Selalunya anak-anak akan mengelap, dan membantu Kak Ida mengambil itu ini. Paling penting, elakkan membebel.

Insya-Allah, mereka akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan bersama.

Alhamdulillah, kami sangat-sangat berpuas hati dengan projek #KemasRaya tahun ini.

Kos hanyalah raga, tenaga dan masa. Memang berbaloi terutama dalam penjimatan ruang. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my