Monday, August 2, 2021

DIY Cardstock Diorama Pos Malaysia

Semenjak terjebak semula dengan setem, Kak Ida terus berusaha menambah koleksi yang ada berkaitan pos.

Terbaru DIY Cardstock diorama Pos Malaysia.

Terus ianya menarik perhatian Kak Ida.

Apa itu Diorama?

Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa bersejarah atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.

Sejarah Diorama
Perkataan "diorama" berasal dari Perancis pada tahun 1823. Perkataan diorama bermaksud "melalui pandangan". Diorama pertama dicipta oleh Daguerre dan Charles Marie Bouton. Ia pertama kali dipamerkan di London pada 29 September 1823. Grigore Antipa adalah orang pertama yang memodenkan diorama dengan menekankan aspek tiga dimensi. Pada tahun 1907, muzium di Romania adalah yang pertama yang menggunakan diorama dalam suasana muzium.

Diorama Moden
Diorama moden biasanya lebih kecil, dan ia menggunakan model skala dan landskap untuk mewujudkan adegan sejarah atau fiksyen. Orang yang pertama memperkenalkan diorama ini ialah Sheperd Paine. Sheperd Paine adalah seorang pembina model dan juga master diorama yang mula memperkenalkan diorama moden pada tahun 1970 kepada penggemar diorama. Biasanya skala yang akan digunakan adalah skala 1/35 dan skala 1/48.

Ok, baiklah, berbalik pada diorama yang Kak Ida beli ni...


Diorama Pos Malaysia yang Kak Ida beli ini bersaiz 1/64. "Level difficult" hanya satu bintang daripada lima.


Didatangkan tiga keping cardboard. Ia merupakan "Do It Yourself". Syukur, si dia berjaya menghasilkan Diorama Pos Malaysia seperti yang digambarkan.
 


Alhamdulillah, cantik sangat. Insya Allah, DIY Cardstock ini Kak Ida akan hadiahkan pada mereka yang menghadiahkan "stamp packs" pada Aisyah sebagai tanda kenang-kenangan.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my