Friday, August 20, 2021

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera buat warga pendidik Negeri Johor.

Untuk makluman semua, Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan Cabaran Dalam Talian: Membina Gajet Dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021.

Tarikh Cabaran : 18 Ogos 2021 Hingga 18 September 2021

Bersama-sama ini disertakan pautan link berkenaan dengan Cabaran Dalam Talian Pusat Kokurikulum Negeri Johor Tahun 2021:


Kandungan link:
1. Maklumat Khusus Cabaran Dalam talian
2. Borang Kebenaran Peserta
3. Borang Pendaftaran

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5.

Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan Peringkat Negeri dan Sijil Pencapaian bagi peserta yang layak.

Cabaran ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan dan tidak mengganggu masa pelaksanaan PdPR. Pertandingan boleh dilaksanakan di dalam atau di sekitar rumah.
.
Sebarang pertanyaan, hubungi :
En. Mohd Azhar Bin Mohd Salleh @ Khalid, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 
017-7007469

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my