Assalammualaikum semua,
Semenjak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tentang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu di Pejabat Pos, ramai yang mengambil kesempatan untuk membuatnya.
Malangnya, ramai yang terus "terjah" ke Pejabat Pos tanpa membuat temujanji terlebih dahulu. Terpaksa berpatah balik.
Ok, Kak Ida kongsikan disini "step by step"
Buka website www.pos.com.my
Klik menu "Outlet Finder"
Pilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos yang berhampiran dengan kita atau pejabat pos yang ingin kita pergi.
Pilih pautan yang tersedia. Pelanggan hanya boleh menempah slot temunjanji sehari dan TIDAK BOLEH menjalankan tiga urusniaga setiap temujanji.
Pilih tarikh dan masa serta masukkan maklumat-maklumat seperti nama, email dan no telefon.
Pergi ke email yang telah kita daftarkan untuk "login" website www.pos.com.my . Ada verification code yang perlu dimasukkan.
Alhamdulillah, selesai akhirnya.
Pastikan pop up massage "Thank you for booking with us!"
Selamat mencuba.
Pastikan ada membawa bukti temujanji ini ya. Pihak kaunter akan meminta bukti slot temujanji ini.
No comments:
Post a Comment